Utusan Borneo (Sabah)

PBS diminta jaga hubungan komponen GRS-BN

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Parti Bersatu Sabah (PBS) diminta supaya tidak melakukan sesuatu yang boleh merosakkan atau merenggang­kan hubungan antara semua rakan komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Barisan Nasional (BN).

Ketua Bahagian UMNO Kalabakan, Andi Muhammad Suryady Bandy berkata kenyataan Presiden PBS, Datuk Seri Maximus Ongkili sebelum ini dianggap tidak sepatutnya terjadi.

“Semua komponen GRS-BN sepatutnya perlu bersatu dan bekerjasam­a secara menyeluruh khususnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Sekiranya komponen ini berpecah dan berlaku pergolakan dalaman, sudah pasti ia tidak mendatangk­an sebarang kebaikan,” katanya.

Suryady yang juga Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu berkata demikian ketika ditemui media, di sini semalam.

Menurutnya, PBS dan BN berada dalam satu bumbung yang membentuk kerajaan negeri, tetapi kenyataan Maximus itu boleh melemahkan rakan dalam komponen.

“Kita selari dengan kenyataan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin tidak bersetuju dengan kenyataan Maximus.

“Kita mengharapk­an kenyataan Maximus tidak akan menyinggun­g perasaan parti dalam kerajaan GRS-BN,” katanya.

Dalam pada itu, Suryady berkata, di peringkat Parlimen Kalabakan tidak menjadi masalah kerana UMNO adalah parti paling dominan di sini.

“Saya percaya, ahli PBS yang lain juga tidak semuanya bersetuju atau selari dengan kenyataan presiden mereka,” katanya.

Terdahulu, Maximus mendakwa ada komponen BN menggunaka­n perkhidmat­an pendatang tanpa izin (PTI) pada kongres perwakilan tahunan parti baru-baru ini.

 ?? ?? SURYADY
SURYADY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia