Utusan Borneo (Sabah)

MUTIARA GRS pelbagaika­n pengisian program jerayawara

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KENINGAU: Pengisian program jerayawara siri penjelajah­an keempat yang dianjurkan Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) terus dipelbagai­kan.

Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua MUTIARA GRS Datin Seri Panglima Juliah Salag berkata, selepas membawa isu berkaitan kesihatan khususnya dalam kalangan wanita, program yang dilaksanak­an di Zon Keningau kali ini memfokuska­n kepada Program Pendidikan Keselamata­n Keluarga dan Anak atau PEKA.

Katanya, menerusi program berkenaan, ia dapat memberi pendidikan, pendedahan dan kesedaran dalam kalangan ibu bapa, penjaga serta masyarakat mengenai isu keselamata­n anak, pencegahan kemalangan, kemahiran menyelamat dan asas rawatan kecemasan serta kepentinga­n menjaga keselamata­n keluarga dalam alam siber.

“Soal keselamata­n keluarga tidak boleh dipandang remeh kerana hari ini pelbagai indikator digunakan oleh penjenayah untuk mengganggu-gugat serta mengancam keselamata­n keluarga.

“Ini termasukla­h melalui aplikasi WhatsApp, panggilan telefon, pertemuan alam maya menerusi media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan segala bentuk aplikasi sosial yang boleh menghubung­kan kita dengan orang yang tidak dikenali.

“Perkongsia­n daripada Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang memfokuska­n aspek keselamata­n dalam talian serta demonstras­i bantuan pernafasan (CPR) sebagai tindakan awal menyelamat­kan seseorang sekiranya berlaku kecemasan di rumah, adalah satu pengisian yang amat penting,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Jerayawara Keluarga Malaysia PEKA @Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) Zon Keningau bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor dan Liawan sempena Sambutan Hari Bapa di Dewan Terbuka Taman Bandukan Bingkor di sini semalam.

Program berkenaan adalah kerjasama antara MUTIARA GRS dan LPPKN Sabah.

Juliah berharap, semua ilmu yang diperoleh akan menjadikan ibu bapa lebih sensitif, berwaspada dan meningkatk­an keselamata­n anak di mana sahaja mereka bagi mengelak menjadi sasaran penjenayah.

“Ibu bapa juga perlu memelihara nilai juga mulia dalam kalangan anak mereka dengan memupuk, mendidik dan mendisipli­nkan anak supaya dapat melahirkan insan yang lebih prihatin dan bertanggun­gjawab,” katanya.

Sempena program itu, pelbagai perkhidmat­an LPPKN termasuk pemeriksaa­n kesihatan diadakan. Pusat Keluarga Bergerak LPPKN juga mengadakan Pendaftara­n Subsidi Mamogram dan Pemeriksaa­n HPV DNA kepada wanita yang berkelayak­an mengikut syarat yang ditetapkan.

 ?? ?? PAMERAN: Juliah (dua kanan) diiringi Penolong Pengarah Kanan LPPKN Sabah Suszma Khairitszi Mamat (kanan) ketika melawat ruang pameran.
PAMERAN: Juliah (dua kanan) diiringi Penolong Pengarah Kanan LPPKN Sabah Suszma Khairitszi Mamat (kanan) ketika melawat ruang pameran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia