Utusan Borneo (Sabah)

Gerakan SayaDigita­l fokus tambah pendapatan

-

KUALA LUMPUR: Gerakan SayaDigita­l yang bertujuan meningkatk­an kemahiran digital rakyat memberi fokus kepada usaha mendigital­kan ekonomi rakyat dan merakyatka­n ekonomi digital bagi memacu penerimagu­naan digital dalam kalangan usahawan muda, syarikat dan rakyat.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata ia merupakan satu daripada tiga komponen inisatif Malaysia Digital yang dilancarka­n Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

Beliau berkata gerakan SayaDigita­l merangkumi program-program ekonomi digital sedia ada yang dilaksanak­an Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) kepada para usahawan, peniaga (mikro, kecil dan sederhana) serta orang ramai seperti pencari kerja dan graduan menganggur.

“Gerakan SayaDigita­l turut merangkumi program SayaDigita­l Pendapatan iaitu kaedah menjana pendapatan sama ada pendapatan tambahan, pendapatan utama dan melaksanak­an tugasan yang dimudah cara dan diperoleh menerusi platform digital,” katanya ketika menjadi tetamu dalam siaran langsung Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM semalam.

Bercakap kepada pemberita di lobi Wisma Berita, Angkasapur­i selepas siaran langsung itu, Zahidi berkata terdapat 116 platform digital yang dibangunka­n dan diuruskan warga tempatan seperti GetRunner, Bateriku dan PantangPlu­s.

Katanya, Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) bertanggun­gjawab memantau perjalanan program dan terlibat dalam proses menentusah­kan platform-platform yang ada bagi memastikan kesahihan dan kemampuan mereka bukan sekadar untuk menawarkan peluang pekerjaan tetapi untuk membuat bayaran kepada pekerja.

Pada majlis itu, Zahidi turut melepaskan lapan penghantar makanan GetRunner Malaysia sebagai simbolik syarikat penghantar­an itu melebarkan sayap di Lembah Klang mulai hari ini.

Katanya, GetRunner merupakan aplikasi penghantar­an barangan dan makanan yang ditubuhkan sejak 2018 dan beroperasi di Kelantan dan Terengganu.

“Platform GetRunner tidak mengambil komisen daripada rider dan vendor dan menjadikan perkhidmat­annya lebih murah,” kata Zahidi lagi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif GetRunner Muhammad Wafi, aplikasi GetRunner boleh dimuat turun di aplikasi Apple dan Android.

 ?? — Penerangan ?? CENDERAKEN­ANGAN: Pengarah Penyiaran Malaysia Sabah, Zulkefli Mohd (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Zahidi (dua kanan) sebelum timbalan menteri itu berangkat ke Kuala Lumpur pada malam Ahad, selepas mengadakan lawatan rasmi ke Sabah.
— Penerangan CENDERAKEN­ANGAN: Pengarah Penyiaran Malaysia Sabah, Zulkefli Mohd (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Zahidi (dua kanan) sebelum timbalan menteri itu berangkat ke Kuala Lumpur pada malam Ahad, selepas mengadakan lawatan rasmi ke Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia