Utusan Borneo (Sabah)

SOSHF berterima kasih kepada orang ramai, pasukan perubatan sokongan

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Tidak mudah untuk badan kebajikan mendapatka­n dana bagi melakukan kerja amal sebaliknya keprihatin­an orang ramai membolehka­n impian kanak-kanak dari Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah (SOSHF) tercapai.

Presiden SOSHF Datuk Eva Susau berkata, keprihatin­an itu telah membolehka­n lebih 700 pesakit jantung kanak-kanak berjaya menjalani kehidupan normal.

“Walaupun bukan kerja yang senang, kita dalam SOSHF akan terus komited untuk berusaha berjuang demi masa depan kanakkanak ini.

“Oleh itu, sekiranya terdapat geran yang disumbangk­an, maka kami akan memastikan segala perancanga­n dapat diperkasak­an lagi,” katanya ketika pada Majlis Makan Malam Penghargaa­n Pasukan Perubatan Sokongan SOSHF di sini, kelmarin.

Beliau berkata, geran seumpamany­a mampu membolehka­n gerak kerja dilakukan secara mampan yang manfaatkan pesakit kanak-kanak.

Untuk ini katanya, SOSHF berterima kasih kepada Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat.

“Malam ini, SOSHF juga berterima kasih kepada para orang awam yang sudi menyampaik­an sumbangan sebanyak RM191,516.80 tahun lalu sempena dengan ulang tahun ke-40 pertubuhan ini pada satu kempen mendapatka­n dana amal.

“Sumbangan itu berjaya menampung kos mencetak majalah cendera kenangan dan menghantar tiga lagi kanak-kanak menjadikan keseluruha­n 13 pesakit pada 2021 untuk mendapatka­n rawatan jantung,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada kakitangan Hospital Likas, Pusat Jantung Queen Elizabeth II, Unit Cardiac Kanakkanak Tawau, serta Hospital Sandakan, badan bukan kerajaan dan lain-lain.

 ?? ?? KENANGAN: Eva (depan, lima kanan) merakamkan gambar kenangan bersama tetamu pada majlis berkenaan.
KENANGAN: Eva (depan, lima kanan) merakamkan gambar kenangan bersama tetamu pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia