Utusan Borneo (Sabah)

JAKIM diarah selaras bantuan Musa’adah bantu mangsa banjir kilat di Baling

-

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah menyelaras segera bantuan Musa’adah bersama-sama pihak berkuasa di Kedah bagi membantu penduduk yang terkesan dan terjejas akibat banjir di Baling, kelmarin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata selain JAKIM, agensi-agensi hal ehwal Islam di bawah jabatannya juga telah diminta untuk turut bersama turun ke lapangan bagi menghulurk­an bantuan.

“Saya mengikuti laporan media yang melaporkan kejadian banjir lumpur melanda beberapa kawasan di daerah Baling, Kedah. Dari lubuk hati yang dalam, saya berasa amat dukacita dan bersimpati dengan para penduduk yang terlibat,” katanya dalam catatan di laman Facebookny­a.

Beliau turut mendoakan semua pihak yang terlibat dikurniaka­n kesabaran serta ketabahan menghadapi ujian itu, selain menyeru seluruh masyarakat termasuk jemaah haji di Makkah bersama-sama mendoakan keselamata­n dan kesejahter­aan negara.

Setakat jam 2 pagi semalam 334 mangsa banjir dari sembilan kampung di Baling dipindahka­n ke beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) dengan 85 rumah dilaporkan terjejas ekoran bencana banjir kilat kira-kira jam 4 petang kelmarin.

Sementara itu Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin

berkata Jabatan Pendidikan Kedah serta Pejabat Pendidikan Baling telah diminta bersiap sedia dan mengambil tindakan sewajarnya, termasuk membuka sekolah untuk dijadikan PPS banjir.

“Saya akan terus mengikuti perkembang­an situasi ini dan memastikan kebajikan warga pendidikan yang terkesan diberikan perhatian. Samasama kita doakan semoga banjir tidak berlarutan dan usaha membantu serta menyelamat­kan penduduk terlibat dipermudah­kan,” katanya menerusi catatan di Facebookny­a.

Beliau berkata setakat ini kira-kira sembilan sekolah di bawah KPM di kawasan itu dilaporkan terkesan akibat banjir. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia