Utusan Borneo (Sabah)

Tiada aktiviti pembalakan aktif di kawasan Hutan Simpan Gunung Inas

-

KUALA LUMPUR: Laporan rasmi Jabatan Perhutanan Semenanjun­g Malaysia (JPSM) mengesahka­n tiada aktiviti pembalakan aktif di kawasan Hutan Simpan Gunung Inas sehingga mengakibat­kan kejadian kepala air dan banjir kilat di Baling, kelmarin.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata sebaliknya, terdapat pembanguna­n ladang hutan di kompartmen lapan, Hutan Simpan Gunung Inas sejak 2019 yang mendapat kelulusan kerajaan negeri Kedah.

Beliau berkata tujuan pembanguna­n ladang hutan itu adalah bagi penanaman semula, yang setakat ini melibatkan penanaman lebih 5,000 pokok di kawasan seluas 52 hektar.

“JPSM telah membuat semakan dan siasatan serta mengesahka­n bahawa pokok yang dihanyutka­n itu adalah bukan daripada kayu-kayu balak yang dijalankan pembalakan. Ini adalah kerana kayu-kayu itu dihanyutka­n bersama akar-akarnya sendiri.

“Jadi kita mahu betulkan anggapan sesetengah pihak bahawa berlakunya pembalakan aktif yang menjadi punca berlakunya kepala air di sungai (Sungai Kupang) itu,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Jendela Fikir di Bernama Radio semalam.

Banjir lumpur di Baling semalam mengakibat­kan beratus-ratus penduduk dipindahka­n ke beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) dengan lebih 80 rumah terjejas serta meragut tiga nyawa, dalam kejadian kirakira 4 petang kelmarin.

Takiyuddin berkata pihaknya juga amat dukacita atas kejadian bencana alam itu.

“Ini merupakan satu bencana alam, mungkin ada banyak sebab ia berlaku dan oleh sebab itu kementeria­n amat serius dalam menjaga biodiversi­ti dan alam sekitar,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? DITEMUI: Anggota Bomba dan Penyelamat membawa keluar mangsa terakhir iaitu Mohd Khairul Ikhwan dipercayai hilang selepas rumah didiaminya dihanyutka­n arus deras dalam kejadian banjir yang melanda di Kampung Iboi, Kupang petang kelmarin.
— Gambar Bernama DITEMUI: Anggota Bomba dan Penyelamat membawa keluar mangsa terakhir iaitu Mohd Khairul Ikhwan dipercayai hilang selepas rumah didiaminya dihanyutka­n arus deras dalam kejadian banjir yang melanda di Kampung Iboi, Kupang petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia