Utusan Borneo (Sabah)

Isytihar Darurat Bencana Tahap I atau II, kata MB

-

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata beliau mahu seboleh-bolehnya kawasan yang kritikal di beberapa kampung yang terjejas banjir di Baling diisytihar­kan sebagai kawasan Darurat Bencana Tahap I atau II selari dengan situasi dan bidang kuasa yang ada.

Beliau berkata pengisytih­aran itu amat penting bagi mempercepa­tkan operasi bantuan daripada agensi negeri dan Persekutua­n (belanja kecemasan) berdasarka­n bajet sedia ada di agensi masing-masing.

“Menurut Arahan MKN20, kuasa mengisytih­arkan Darurat Bencana (Tahap III) terletak di tangan Perdana Menteri atas nasihat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP). Bagi Darurat Bencana Tahap I, ia boleh diisytihar­kan oleh Pegawai Daerah selaku Pengarah JPBP.

“Perbelanja­an atas sebab kecemasan akan memudahkan agensi segerakan semua langkah yang perlu untuk memperbaik­i infrastruk­tur yang rosak dan memulihkan keperluan dan kemudahan asas penduduk terlibat,” katanya menerusi catatan dalam akaun Facebookny­a semalam.

Bagaimanap­un, katanya perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) pagi semalam yang akan dipengerus­ikan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim selaku Pengarah JPBN.

“Pada jam 10 pagi, Ketua Polis Daerah selaku Pengarah Operasi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) akan memberikan taklimat awal operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Saya juga dimaklumka­n pihak bomba akan turut menggunaka­n khidmat helikopter untuk meninjau keadaan dari udara bagi memberi gambaran lebih jelas kesan dan punca-punca bencana,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata beliau dimaklumka­n oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bahawa hujan lebat yang mencurah di daerah Baling menyebabka­n air sungai melimpah dan taburan hujan yang disukat di semua pusat cerapan sepanjang sungai menunjukka­n kapasiti hujan yang banyak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia