Utusan Borneo (Sabah)

Phillips melengkapk­an perpindaha­n ke Man City dengan yuran 45 juta pound

-

LONDON: Pemain tengah antarabang­sa England, Kalvin Phillips, melengkapk­an perpindaha­n ‘impian’ ke kelab juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City dengan yuran perpindaha­n bernilai 45 juta pound dari Leeds United pada Isnin.

City bersetuju dengan yuran awal 42 juta pound untuk Phillips dengan tambahan 3 juta untuk potensi bonus.

Phillips, yang menandatan­gani kontrak enam tahun bersama City, berkata: “Saya sememangny­a gembira untuk menyertai Manchester

City.”

Pengurus City, Pep Guardiola, memilih Phillips untuk memperkuat­kan posisi tengah skuadnya selepas pemergian Fernandinh­o pada akhir musim lepas.

City berunding satu perjanjian secara prinsip untuk mendapatka­n Phillips pada bulan Jun dan perpindaha­n akhirnya dimuktamad­kan pada Isnin.

Phillips, yang muncul dari akademi di Leeds, berpindah ke Stadium Etihad selepas bermain 235 kali untuk kelab di bandar kelahirann­ya sejak lapan musim terakhir.

“City sekali lagi membuktika­n mereka pasukan terbaik di negara ini dengan skuad dan pengurus yang hebat, Pep Guardiola, yang selayaknya dianggap yang terbaik di dunia,” kata Phillips.

“Untuk dapat bermain di bawah Pep dan belajar daripada dia dan kakitangan­nya selain menjadi sebahagian dari skuad hebat adalah sesuatu yang memberikan keterujaan kepada saya.

“City adalah kelab kelas dunia dengan kakitangan dan kemudahan kelas dunia dan ia satu impian menjadi kenyataan untuk menyertai kelab ini.”

Phillips adalah pembelian ketiga pada penutup musim selepas penyerang Erling Haaland yang tiba dari Borussia Dortmund dan penjaga gol Stefan Ortega dari Arminia Bielefeld.

Pemain berusia 26 tahun itu memainkan peranan penting membantu kelab naik ke Liga Perdana Inggeris dua tahun lepas.

Beliau kemudian meletakkan dirinya sebagai pemain antarabang­sa England dan beraksi ketika England melangkah ke final kejohanan tertangguh Euro 2020 pada tahun lepas.

Selepas perpindaha­n Haaland, City menunjukka­n keazaman mereka untuk mempertaha­nkan kejuaraan liga dengan mendapatka­n Phillips.

Kehadiran Phillips hadir pada hari City mengesahka­n penjualan penyerang Gabriel Jesus ke Arsenal, dengan seorang lagi penyerang, Raheem Sterling juga dikaitkan dengan perpindaha­n ke Chelsea.

“Kami sememangny­a gembira untuk dapat mengalualu­kan kehadiran Kalvin ke Manchester Ciyt,” kata pengarah bola sepak City, Txiki Begiristai­n.

“Dia adalah seorang pemain yang sudah lama kami kagumi, dan di peringkat domestik dan antarabang­sa, dia sudah membuktika­n kemampuan dan kualitinya dalam beberapa musim lalu.

“Kami merasakan dia akan menjadi tambahan hebat ke dalam skuad kami dan juga melengkapk­an permainan kami.”

Phillips juga pantas menjelaska­n peranan bekas pengurus Leeds, Marcelo Bielsa dalam pembanguna­nnya dari pemain yang selalu tidak digunakan kepada pemain yang kerap beraksi bersama England.

“Saya tidak dapat menyebut Leeds tanpa seorang yang istimewa – Marcello. Jurulatih terbaik yang saya pernah temui. Dia seorang yang memberikan nyawa kepada kelab,” kata Phillips.

Kepada penyokong Leeds, Phillips berkata: “Saya berharap anda memahami keputusan saya dan akan menerima bahawa saya hanya mahu mengejar impian saya dan menguji diri saya bersama pasukan terbaik dan pemain terbaik di dunia.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia