Utusan Borneo (Sabah)

Galtier galas tugas jurulatih baharu PSG dengan kontrak dua tahun

-

PARIS: Christophe Galtier dilantik secara rasmi sebagai jurulatih baharu Paris Saint Germain (PSG) dengan kontrak dua tahun, menurut sumber dari kelab ketika membuat pengesahan pada Isnin.

Galtier,yangmengha­biskan musim lepas membimbing kelab Nice, menggantik­an Mauricio Pochettino.

Galtier, 55, tiba di ibu pejabat PSG di luar kota Paris pada Isnin dengan sidang media dijadualka­n di Parc des Princes pada keesokan harinya.

PSG berusaha mengesahka­n pelantikan jurulatih baharu sejak beberapa minggu yang lalu tetapi tiada pengesahan dibuat ketika Pochettino dan kakitangan kejurulati­hannya masih dalam kontrak bersama PSG.

Skuad PSG, tanpa mereka yang beraksi dalam bola sepak antarabang­sa pada bulan Jun, melaporkan diri untuk sesi latihan pramusim mereka pada Isnin.

Galtier, yang meninggalk­an Nice bulan lepas, membina reputasi sebagai jurulatih berbakat di Perancis sejak dekad yang lalu.

Beliau menikmati lapan tahun yang cemerlang di Saint-Etienne, di mana dia memenangi kejuaraan Piala Liga pada 2013, sebelum membimbing Lille selama empat tahun dan memenangi kejuaraan Ligue 1 pada 2021 apabila menewaskan PSG.

Pochettino dijangka akan meninggalk­an PSG selepas 18 bulan membimbing kelab di mana dia memenangi kejuaraan Ligue 1 musim lepas tetapi juga menyaksika­n kelab tersingkir di pusingan kedua Liga Juara-Juara apabila tewas kepada Real Madrid.

Selepas pada satu ketika dikaitkan dengan usaha mendapatka­n Zinedine Zidane, pelantikan Galtier mungkin sesuatu yang mengejutka­n kepada sesetengah pihak kerana menjangkak­an kelab akan memilih nama-nama glamour untuk membimbing kelab.

Bagaimanap­un, bekas penolong pengurus di Portsmouth itu pernah bekerja dengan Luis Campos, pencari bakat terkenal yang dilantik sebagai penasihat bola sepak PSG dan yang membina pasukan Lille ketika memenangi kejuaraan liga di bawah kendalian Galtier.

Harapan kejuaraan Liga Juara-Juara dalam jangka masa singkat diperkuatk­an lagi dengan keputusan Kylian Mbappe untuk terus kekal di kelab dengan menandatan­gani kontrak baharu tiga tahun.

Mereka sudah membuat satu pembelian baharu menjelang musim baharu dengan kehadiran pemain tengah, Vitinha dari FC Porto dengan yuran perpindaha­n dilaporkan sekitar 40 juta euro.

Mbappe, Lionel Messi dan bintang antarabang­sa lain PSG hanya akan memulakan latihan pramusim pada minggu hadapan.

PSG akan berlepas ke Jepun untuk jelajah pramusim dan bermain tiga perlawanan di antara 20 hingga 25 Julai sebelum bermain perlawanan kompetetif pertama pada 31 Julai menentang Nantes pada perlawanan pembuka tirai Ligue 1, Trofi Juara di Tel Aviv, Israel.

Musim baharu Ligue 1 akan bermula pada hujung minggu 6 dan 7 Ogos.

 ?? ?? GALTIER
GALTIER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia