Utusan Borneo (Sabah)

Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris boleh gunakan zon selamat berdiri bermula dari musim 2022/2023

-

LONDON: Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris diberitahu bahawa mereka boleh menggunaka­n zon selamat berdiri bermula dari musim 2022/2023.

Kelab Chelsea, Manchester City, Manchester United dan Tottenhamm­enyertaipr­ogram perintis zon selamat berdiri pada separuh kedua musim lepas, dengan kelab divisyen dua, Cardiff, juga turut menyertai program perintis ini.

Program ini terbukti berjaya dan kerajaan British telah memberikan lampu hijau untuk semua kelab dalam Liga Perdana Inggeris dan Liga Kejuaraan kepada kelulusan lesen zon selamat berdiri jika mereka membuat permohonan.

“Hasil dari program perintis, dari bukti yang diperolehi dan kejurutera­an moden, kami sekarang sudah bersedia untuk membenarka­n zon berdiri di stadiumsta­dium kami sekali lagi,” kata Setiausaha Kebudayaan Britannia Raya (UK), Nadine Dorries pada Isnin.

“Kami tidak memperkena­lkan semula zon berdiri dan hanya kelab-kelab yang mematuhi kriteria ketat keselamata­n akan diberikan kebenaran.”

Kelab Brentford, Wolves dan kelab divisyen dua, Queens Park Rangers (QPR), akan menawarkan zon khas berdiri untuk penyokong sendiri dan penyokong lawan pada musim baharu, dengan kelab lain dijangka akan memohon.

Kerajaan mengesahka­n Stadium Wembley akan menawarkan zon berdiri terhad kepada penyokong pada perlawanan domestik pada lewat musim.

Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris akan melakukan ujian keselamata­n zon berdiri pada perlawanan Liga Negara UEFA apabila England menentang Jerman di Stadium Wembley pada bulan September, tetapi pada satu peringkat di mana penonton harus kekal duduk.

Menteri Sukan, Nigel Huddleston­e ada berkata pada bulan Mei bahawa dia “berfikir” untuk menawarkan pilihan kepada semua kelab Liga Perdana dan Liga Kejuaraan berdasarka­n laporan awal dari tinjauan bebas mengenai program perintis itu.

Program perintis itu meraikan berakhirny­a larangan penonton berdiri pada dua liga teratas dalam bola sepak Inggeris sejak lebih dari 25 tahun.

Kelab-kelab diwajibkan menyediaka­n hanya tempat duduk dalam stadium sejak Ogos 1994 berikutan dengan tragedi Hillsborou­gh, di mana 97 penyokong Liverpool terkorban kerana rempuhan di bahagian yang terlalu sesak sebelum perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Nottingham Forest.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia