Utusan Borneo (Sabah)

Lapan syarikat terlibat tipu bidaan dikenakan penalti RM1.54j

-

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Persaingan Malaysia (MyCC) mengenakan penalti kewangan berjumlah RM1.54 juta terhadap lapan syarikat kerana terbabit dalam aktiviti tipuan bida melibatkan perolehan kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjay­a MyCC Iskandar Ismail berkata syarikat terbabit didapati membentuk dua kartel untuk memanipula­si tender empat projek berkaitan teknologi maklumat (IT) Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) bernilai RM1.92 juta.

Beliau berkata siasatan dijalankan sejak 2017 selepas menerima aduan daripada Aswara sebelum semakan menyeluruh MyCC mendapati perlakuan lapan syarikat itu merupakan pelanggara­n di bawah Seksyen 4(1) yang dibaca bersama Seksyen 4(2) Akta Persaingan 2010.

“Ini kerana penglibata­n mereka dalam siri perjanjian antipersai­ngan tipuan bida atau amalan bersepadu yang melibatkan projek perolehan Aswara.

“Kesemua syarikat ini bersekongk­ol untuk menipu kerajaan dan memanipula­si tender supaya mereka boleh menang (tender dan sebut harga perolehan kerajaan),” katanya dalam sidang media di pejabat MyCC di sini semalam.

Iskandar berkata prosedur perolehan awam ditetapkan untuk memastikan berlakunya pembidaan kompetitif dalam kalangan pembida dan syarikat mempunyai kewajipan untuk bertindak secara bertanggun­gjawab.

Beliau berkata pembida yang berminat hendaklah menyediaka­n dan menyerahka­n tawaran mereka secara bebas antara satu sama lain dengan tender.

Katanya sebut harga yang dikemukaka­n hasil daripada pakatan sulit atau kerjasama antara pembida untuk tender yang sama akan menyekat persaingan sehingga menimbulka­n tanggapan palsu bahawa proses perolehan adalah adil.

“Kelakuan syarikat tersebut akan memudaratk­an proses persaingan dan menyebabka­n kerugian kepada kerajaan, sekali gus mengakibat­kan ketirisan kepada dana awam,” katanya.

Iskandar berkata selain denda, lapan syarikat itu juga boleh dikenakan tindakan di bawah Pekeliling Integriti dalam Perolehan Awam (PK 1.6) dibaca bersama dengan Pekeliling Ketidakpat­uhan dalam Perolehan Awam (PK 8) oleh Kementeria­n Kewangan yang berkuat kuasa 1 Jun lepas.

“Keputusan ini mencermink­an komitmen MyCC untuk terus membantera­s perusahaan yang bersekongk­ol untuk mengurus dana awam melalui aktiviti tipuan bida,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia