Utusan Borneo (Sabah)

Haji: Pujian Arab Saudi, penghargaa­n sangat besar buat Malaysia

-

MAKKAH: Pujian Arab Saudi tentang kecekapan Malaysia dalam mengendali­kan operasi haji adalah sesuatu yang amat bermakna, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

Menurutnya, rekod kecemerlan­gan agensi itu tidak hadir begitu sahaja tetapi ia adalah usaha berterusan dengan kerjasama erat antara petugas serta jemaah haji Malaysia.

“Sangat membanggak­an apabila Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Taufiq Fawzan Al-Rabiah mengungkap­kannya di hadapan barisan pemimpin Islam dari pelbagai negara Islam dan menasihatk­an mereka untuk menjadikan Malaysia sebagai contoh terbaik.

“Ia kebanggaan kepada kita. Panel-panel lain juga ada menyebut tentang pengurusan Malaysia dan TH. Apa (kelebihan) yang diberi kepada Malaysia oleh Arab Saudi bukan berlaku begitu sahaja tetapi mestilah berdasarka­n merit dan rekod baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaik­an ucapan pada Simposium Perdana Haji di sini, kelmarin.

Pada musim haji tahun ini, Malaysia diiktiraf sebagai negara pertama yang memperoleh permit pengoperas­ian hospital di Arab Saudi, menjadi negara pertama yang memilih waktu melontar serta terpilih antara lima negara dalam program Makkah Route.

Sementara itu, Idris yang berucap dalam bahasa Arab sempat berkongsi tentang peranan yang dimainkan TH sejak 59 tahun lepas dan model pengurusan agensi itu.

Beliau juga menyentuh berkaitan kesiapsiag­aan TH dalam memastikan kesihatan jemaah berada pada tahap terbaik, pematuhan terhadap arahan kerajaan Arab Saudi serta usaha TH dalam membangunk­an aplikasi digital untuk kegunaan jemaah di Tanah Suci.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia