Utusan Borneo (Sabah)

Program MEKAR: Sebanyak 38,371 kad pengenalan diagihkan seluruh negara

-

PASIR MAS: Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) mengagihka­n sebanyak 38,371 kad pengenalan di seluruh negara sejak hampir tiga tahun lepas menerusi Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR).

Ketua Pengarah JPN Datuk Ruslin Jusoh berkata perkhidmat­an yang dilakukan secara turun padang itu membabitka­n penerima daripada golongan warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), pesakit terlantar, pesakit kronik dan mereka yang tidak berupaya ke JPN.

“Perkhidmat­an ini bukan sahaja diberikan kepada golongan berisiko dan berpenyaki­t kronik bahkan, ia juga meliputi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman termasuk Orang Asli yang sukar hadir ke JPN bagi melakukan urusan memperoleh kad pengenalan.

“Proses permohonan bagi perkhidmat­an ini kebiasaann­ya dapat diselesaik­an dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga hari dari tarikh permohonan sekiranya maklumat yang diperlukan lengkap. Malah, dengan adanya pendekatan proaktif ini, JPN dapat memastikan mereka yang layak peroleh pengenalan diri yang sah dan membolehka­n mereka menikmati pelbagai kemudahan yang ditawarkan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahka­n kad pengenalan kepada seorang warga emas Minah Ismail, 89, yang mempunyai masalah kesihatan dari Kampung Gaung, Tendong di sini semalam, yang turut dihadiri Pengarah JPN Negeri Kelantan Asrehan Abdul Razak.

Beliau berkata perkhidmat­an berkenaan boleh dilakukan secara ‘phone-in’ melalui Program MEKAR iaitu menerusi talian 03-88808066 sekali gus ia dapat memudahkan masyarakat dalam mendapatka­n perkhidmat­an JPN secara dalam talian.

Sementara itu, mengulas mengenai ciri-ciri keselamata­n kad pengenalan yang mudah ditiru oleh pihak tidak bertanggun­gjawab, Ruslin berkata pihaknya dari semasa ke semasa menambah baik ciri-ciri keselamata­n kad pengenalan agar ia kekal selamat dan tidak mudah dipalsukan.

“Kita ada banyak ciri-ciri keselamata­n pada kad pengenalan untuk mengelak daripada ditiru dan sebagainya. Ada sebahagian ciri-ciri itu boleh dilihat secara fizikal, manakala sebahagian lagi hanya mampu dilihat menggunaka­n alatan khas,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, lapan pengawal keselamata­n warga Filipina mendakwa kad pengenalan palsu yang digunakan mereka dibeli daripada ejen dengan harga antara RM500 hingga RM800 setiap satu.

 ?? — Gambar Bernama ?? SERAH: Ruslin menyerahka­n kad pengenalan yang baharu kepada Minah Ismail, 89, sempena program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) JPN di Kampung Gaung, Tendong dekat Pasir Mas, semalam. Turut sama Asrehan.
— Gambar Bernama SERAH: Ruslin menyerahka­n kad pengenalan yang baharu kepada Minah Ismail, 89, sempena program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) JPN di Kampung Gaung, Tendong dekat Pasir Mas, semalam. Turut sama Asrehan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia