Utusan Borneo (Sabah)

Borneo Music Festival Live 2022 di Kuching, Sarawak

-

KUALALUMPU­R:Buat julung kalinya peminat muzik tempatan berpeluang menikmati Borneo Music Festival Live 2022 yang bakal diadakan di Sarawak Cultural Village, Kuching, Sarawak pada 9 dan 10 September 2022.

Festival tersebut dibawa secara eksklusif oleh Amazing Aurora Entertainm­ent dan dianjurkan oleh Firmament Event Studio dengan kerjasama More Entertainm­ent.

Penganjura­n yang pertama kali diadakan secara terbuka di Sarawak itu bakal menghimpun­kan artis dari enam negara di seluruh dunia, selain itu, fesival tersebut juga bakal menyatukan pelbagai genre muzik pada satu platform yang sama.

Pengunjung festival berpeluang untuk menari dan menyanyi sepuas hati dengan Alan Walker dari United Kingdom, DJ Soda dari Korea Selatan, DJ Alexis Grace, DJ Ice Cream, DJ Chacha, DJ MYVAX dan DJ Paul dari Malaysia, Nicole Chen dari Singapura, DJ X Factor dari Filipina, DJ

Venom C dan Moski Love dari Indonesia serta barisan penyanyi Malaysia seperti Rynn Lim, Thomas Jack dan Priscilla Abby bersama kumpulan muzik tempatan iaitu At Adau dan Tuku’ Kame’.

Alan Walker yang pertama kali bakal muncul di Sarawak itu amat popular dengan single berjudul Faded. Populariti lagu tersebut membolehka­n Walker menerima sijil berlian di Jerman dan sijil multi-platinum di lebih 10 buah negara termasuk Amerika Syarikat (US) dan United Kingdom (UK).

Sehingga kini lagu ciptaan Walker itu terus mendapat perhatian ramai dan menguasai pasaran muzik antarabang­sa.

DJ Soda yang merupakan salah seorang DJ wanita yang popular di Korea Selatan bukanlah satu nama asing dalam industri muzik. Namanya cukup popular di peringkat antarabang­sa dan mempunyai berjuta pengikut dalam talian.

Bagi memeriahka­n lagi festival tersebut, sesiapa yang membeli tiket awal iaitu pada 6 dan 7 Julai ini berpeluang untuk mendapat potongan harga sebanyak 10 peratus. Diskaun tersebut hanya diberikan kepada pembeli tiket pada tarikh berkenaan sahaja. Jangan lepaskan peluang untuk mendapat tiket tersebut di www.excitix.com.my.

Jangan ketinggala­n untuk menikmati Borneo Music Festival Live 2022 yang bakal mencatat sejarahnya yang tersendiri. Tiket Borneo Music Festival Live 2022 akan mula dijual pada jam 12 tengah hari, 6 Julai ini seperti berikut:

PAS UNTUK 2 HARI KEMASUKAN UMUM - Pembeli Awal (Early Bird): RM400 (diskaun 10 peratus pada 6-7 Julai) Fasa 1: RM450 Fasa 2: RM500

PAS UNTUK 2 HARI -ROCK ZONE - Pembeli Awal (Early Bird): RM680 (diskaun 10 peratus pada 6-7 Julai) Fasa 1: RM750 Fasa 2: RM800

Notis: Semua harga tiket dikenakan bayaran RM4 untuk proses yuran. Kemasukan ke festival muzik ini hanya untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas.

Untuk mengetahui perkembang­an terkini mengenai Borneo Music Festival Live 2022, sila ikuti Facebook: @ bmfl2022

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia