Utusan Borneo (Sabah)

Seri Pahlawan Muara juara kategori Piala TYT Sabah

-

KOTA KINABALU: Pasukan Seri Pahlawan Muara muncul juara kategori Piala Tuan Yang Terutama Sabah (TYT) Yang Dipertua Negeri Sabah, sempena Perlumbaan Perahu Naga Kali Ke-7, pada Ahad.

Pasukan tersebut menewaskan tujuh pasukan lain dengan catatan masa 3:34.51 disusuli tempat kedua, pasukan Laksamana Sinampuan Sarawak dan ketiga, pasukan Al Haddad Maritime (Sandakan) A dengan catatan masa masing-masing 3:34.98 dan 3:35.91.

Manakala kategori Piala Ketua Menteri Sabah 800m pula dimenangi pasukan Ulmala Dragon Boat Team A, tempat kedua Asuk Hill Dragon Boat Team A dan tempat ketiga RMP Paddlers A (Royal Malaysia Police Paddlers).

Perlumbaan yang diadakan di Teluk Likas itu dirasmikan Ketua Menteri Sabah, Datuk

Seri Panglima Hajiji Noor dan mempertand­ingkan lapan kategori utama iaitu Piala Tuan Yang Terutama

Sabah (800m), Piala Ketua Menteri Sabah (800m), Piala Sabah FCAS Dragon (800m), Piala FCAS (800m), Piala

Kinabalu Dragon (800m), Berkumpula­n Lelaki Terbuka (200m), Berkumpula­n Campuran Terbuka (200m) dan Piala Presiden Hua Zong (800m).

Lebih 130 pasukan menyertai perlumbaan itu termasuk dari Sarawak, Semenanjun­g Malaysia, Filipina dan Brunei Darussalam.

Pada majlis tersebut, Hajiji turut menyampaik­an sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM 250 ribu kepada Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS).

Turut hadir Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Isnin Aliasni, Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan, Hendrus Anding dan Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Huang Shi Fang.

 ?? ?? TERBAIK: Pasukan Seri Pahlawan Muara muncul juara kategori Piala Tuan Yang Terutama 800m.
TERBAIK: Pasukan Seri Pahlawan Muara muncul juara kategori Piala Tuan Yang Terutama 800m.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia