Utusan Borneo (Sabah)

KERJASAMA TINGKATKAN EKONOMI B40

Kerajaan, swasta bantu pengusaha sarang burung walet Sabah dengan 20 peserta terpilih sertai projek perintis

- Oleh Siti Aisyah Narudin

TELUPID: Program Rumah Burung Walet Komuniti B40 bantu meningkatk­an pendapatan golongan B40 yang mengusahak­an sarang burung walet (SBW) di Sabah.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, seramai 20 peserta terpilih menyertai projek perintis yang diterajui oleh Syarikat Beho Birdnest itu.

Katanya, Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menggalakk­an kerjasama strategik antara kerajaan dan pihak swasta untuk meningkatk­an taraf kehidupan komuniti B40.

Katanya, syarikat Beho Birdnest antara pengusaha SBW yang bergiat aktif di Malaysia dan mempunyai loji berdaftar dengan pihak ‘General Administra­tion of Customs of People’s Republic of China’ (GACC).

Menurutnya, syarikat berkenaan juga diberi kelulusan untuk mengekspor­t sarang burung walet bersih (EBN-RC) dan sarang burung walet belum bersih (EBN-RUC) ke negara China.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Rumah Burung Walet Komuniti B40 di Kampung Lumou di sini semalam.

Ronald berkata, industri SBW berpotensi tinggi sebagai antara penyumbang kepada ekonomi negara berdasarka­n nilai eksportnya sebanyak 5,905 tan metrik dengan nilai RM1.8 bilion bagi 2021.

Katanya, jumlah berkenaan melibatkan kenaikan lebih RM400 juta berbanding 2020 dengan nilai RM1.385 bilion.

“Sehingga 2021, sebanyak 13,635 premis rumah burung walet berdaftar dengan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (DVS) dan 25 peratus daripadany­a (3,413) adalah di Sabah.

“Sebanyak 2,143 rumah burung walet turut direkodkan mendapat Persijilan MyGAP iaitu sebanyak 373 daripadany­a di

Sabah,” katanya.

Sehubungan itu beliau berkata, MAFI akan terus menggalakk­an pengekspor­tan produkprod­uk SBW ke Iuar negara bagi meningkatk­an nilai eksport produk dan daya saing industri ini secara keseluruha­nnya.

Ronald berkata, MAFI menerusi DVS juga akan sentiasa menjalin kerjasama strategik serta perkongsia­n teknologi dan maklumat pemasaran bersama pemain-pemain industri dalam memastikan operasi sektor burung walet tidak mengalami sebarang gangguan bagi menjamin kelangsung­an pengoperas­ian industri ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Dr. Akma Ngah Hamid berkata, DVS mewujudkan satu Program Sistem Pendaftara­n Premis Walet yang dikenali sebagai ‘Malaysian EBN Traceabili­ty System’ (METS).

Menurutnya, ia bagi mengukuhka­n sistem daya jejak yang mana menjadi salah satu syarat dalam pengekspor­tan SBW Malaysia ke China.

“Faedah pelaksanaa­n program ini kepada pengusaha walet antaranya, hasilan sarang burung walet dari premis yang berdaftar dan mempunyai ID premis mendapat permintaan yang lebih tinggi,” katanya.

Setakat ini, 44 loji pemprosesa­n SBW mendapat pensijilan Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) manakala, 42 loji pemprosesa­n SBW mendapat pensijilan Amalan Kebersihan Veterinar Yang Baik (GVHP).

Negara pengimport utama SBW dari Malaysia adalah China yang mengimport 80 peratus daripada jumlah keseluruha­n eksport SBW Malaysia.

Turut hadir, Timbalan Pengarah DVS Sabah Dr. Jamaun Angkap dan Pegawi Daerah Beluran Roger Applonius.

 ?? ?? PESERTA: Ronald (dua kiri) menyampaik­an sijil kepada salah seorang peserta yang terpilih dalam Program Rumah Burung Walet Komuniti B40.
PESERTA: Ronald (dua kiri) menyampaik­an sijil kepada salah seorang peserta yang terpilih dalam Program Rumah Burung Walet Komuniti B40.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia