Utusan Borneo (Sabah)

Saya bukan tali barut halang tuntutan MA63: Bung

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin menegaskan beliau bukan tali barut yang menidakkan usaha untuk menuntut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang hangat dibincangk­an sejak sekian lama.

Sebaliknya beliau hanya menyaranka­n bahawa sudah tiba masanya pemimpin Sabah bertindak dengan bijak dalam menuntut hak rakyat Sabah yang termaktub dalam MA63 daripada kerajaan Pusat.

“Saya bukan tali barut, saya hanya berkata sudah tiba masanya pemimpin Sabah bertindak secara bijak dan saya tidak pernah menidakkan perjanjian MA63.

“Apa yang saya kata pemimpin yang bijak akan mencari jalan penyelesai­an tetapi sebaliknya pemimpin yang lemah dan rapuh akan terus memainkan isu ini walaupun dia sendiri tahu isu ini tidak akan selesai,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap tuduhan tidak berasas mengenai cadangan yang diluahkan pemimpin BN termasuk

Bung berhubung usaha merealisas­ikan sepenuhnya tuntutan MA63 pada Konvensyen BN Sabah baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri ini berkata, hanya pemimpin yang bijak mampu mencari jalan bagi mencapai tuntutan MA63 tanpa perlu menunjukka­n emosi yang berlebihan.

“Ada pepatah mengatakan pemimpin yang tidak bijak seumpama anjing menyalak bukit, beratus tahun pun menyalak, bukit tidak akan runtuh.

“Sebaliknya pula pemimpin bijak diibaratka­n seperti anjing yang pandai, kurang menyalak tetapi ia akan menyusuri jalan kecil sehingga ke puncak bukit dan mendapatka­n apa yang dimahukann­ya,” katanya.

Ketua UMNO Sabah ini berkata, rundingan baharu (new deal) yang dicadangka­n dalam isu tuntutan MA63 bermakna semua perkara yang menjadi halangan atau kekangan untuk melaksanak­an perjanjian yang dipersetuj­ui akan dihapuskan.

Dengan cara itu katanya, Sabah akan mendapat lebih peruntukan dan bukan seperti yang diperjuang­kan oleh pemimpin yang berjuang tetapi untuk mencari publisiti murahan semata-mata.

Jelasnya, MA63 dimeterai sejak berpuluh tahun lalu, namun belum ada penyelesai­an walaupun sudah ramai pemimpin tampil memperjuan­gkan isu itu, termasuk ada yang dipenjarak­an.

“Hakikatnya walaupun isu ini (MA63) dibincang beratus kali, dibahas beribu kali, pemimpin demi pemimpin datang dan pergi, ada pemimpin dan orang perseorang­an yang membawa isu ini dan ada yang masuk penjara kerana terlalu beremosi atau ‘extreme’, namun isu MA63 masih tidak selesai.

“Perjuangan untuk mendapatka­n hak Sabah dalam MA63 masih tidak dicapai,” katanya.

Beliau turut membidas bekas pemimpin BN yang kini lantang bersuara mengenai MA63 tetapi hanya berdiam diri ketika mereka berada dalam kerajaan BN sebelum ini.

Bung berkata, ramai pemimpin beremosi dan sesat di jalan yang terang. Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), pemimpin Parti Warisan (WARISAN) dan pemimpin Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) semuanya berada dalam kerajaan BN dahulu.

“Namun, apabila berada dalam kerajaan mereka memilih untuk berdiam diri, apabila BN kalah merekalah yang meninggalk­an BN atau melompat terlebih awal,” katanya.

Menurutnya, sekarang mereka hanya memikirkan kuasa semula kerana akan berhadapan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) dan bukan memikirkan soal hendak membangun negeri Sabah.

“Mereka memikirkan hanya mahu menang pilihan raya dan menjadi kerajaan tapi tidak bekerja dan memajukan Sabah.

“Kenyataan mereka hanya bersifat mencari ‘political mileage’ namun tidak memikirkan jalan terbaik menyelesai­kan isu demi pembanguna­n dan kesejahter­aan rakyat Sabah,” jelasnya.

 ?? ?? BUNG MOKTAR
BUNG MOKTAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia