Utusan Borneo (Sabah)

Kadar kes positif meningkat, 200 kes baharu direkodkan

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Jumlah jangkitan harian COVID-19 bagi Sabah melepasi paras angka 200 semalam dengan mencatat 205 kes baharu iaitu peningkata­n sembilan kes berbanding hari sebelumnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, peningkata­n itu diikuti kadar positif COVID-19 yang meningkat berdasarka­n sampel ujian yang dijalankan.

“Daripada 2,588 sampel yang diuji, hampir 11.3 peratus didapati positif COVID19 berbanding 9.76 peratus daripada 2,828 sampel ujian pada hari sebelumnya.

“Kadar kes positif yang tinggi adalah petunjuk penularan virus yang lebih cepat dan kemungkina­n besar berpunca daripada kegagalan serta keengganan individu yang positif COVID-19 membuat ujian dan tetap meneruskan aktiviti harian seperti biasa.

“Kelonggara­n prosedur operasi standard (SOP) yang melibatkan pembatalan sekatan serta kelonggara­n aktiviti sosial juga memudahkan penularan ini,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, secara keseluruha­nnya keadaan jangkitan masih baik dengan 13 daerah mencatatka­n penurunan kes berbanding enam daerah merekodkan peningkata­n kes baharu.

Menurutnya, sebanyak 14 lagi daerah tidak mencatatka­n sebarang jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu.

“Kota Kinabalu terus mencatatka­n angka jangkitan tertinggi di Sabah dengan 88 kes baharu, walaupun 11 kes lebih rendah daripada angka hari sebelumnya.

“Kes baharu di Penampang bagaimanap­un dicatat meningkat hampir tiga kali ganda daripada 24 kes kepada 64 kes semalam dengan pertambaha­n sebanyak 40 kes.

“Putatan yang sebelum ini bersih daripada jangkitan mencatatka­n 14 kes baharu dan Lahad Datu yang mencatat 12 kes kelmarin tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu semalam,” katanya.

Beliau berkata, kesemua 205 kes baharu yang direkodkan semalam adalah dalam kategori satu dan dua.

 ?? ?? MASIDI
MASIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia