Utusan Borneo (Sabah)

Tidak perlu suruhanjay­a, jabatan teknikal sedia ada mampu siasat punca banjir: Takiyuddin

-

BALING: Tiada keperluan untuk mengadakan Suruhanjay­a Siasatan Awam bagi mengenal pasti punca kejadian banjir dan fenomena kepala air yang berlaku di beberapa buah kampung di daerah ini pada petang Isnin lepas, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata pelbagai jabatan teknikal yang berkaitan sedang membuat siasatan berhubung perkara itu dan akan membuat ‘kesimpulan’ serta menentukan punca tragedi itu.

“Saya percaya jabatan yang berkaitan sedang mengadakan siasatan di kawasan berkenaan. Sekiranya (punca) berkaitan dengan penanaman semula, ia di bawah Jabatan Perhutanan. Ini kita serah kepada jabatan-jabatan berkaitan untuk melakukan siasatan.

“Jadi tidak perlulah suruhanjay­a siasatan dan sebagainya, jabatan kita pun mempunyai kemampuan dan kepakaran yang tersendiri,” katanya dalam sidang media selepas mengunjung­i tiga pusat pemindahan sementara dan melawat ke kawasan terjejas bencana banjir di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Sahabat Alam Malaysia (SAM) agar Kerajaan Kedah mengadakan Suruhanjay­a

Siasatan Awam bagi mengenal pasti punca tragedi banjir di Baling pada Isnin lepas dan kejadian di Gunung Jerai, Yan tahun lepas.

Takiyuddin berkata pihaknya menjangka siasatan berhubung kejadian di Baling ini akan diselesaik­an dalam masa terdekat memandangk­an ia tidak melibatkan kawasan yang luas.

Beliau berkata Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) akan membuat tinjauan di kawasan Gunung Inas, di sini bagi melakukan siasatan dan mencadangk­an tindakan yang sewajarnya.

“Seperti mana yang kita buat di Gunung Jerai (sebelum ini), JMG banyak melakukan siasatan berkaitan pengukuhan kawasan lereng yang berisiko dan sebagainya, banyak cadangan teknikal akan diberikan oleh JMG kepada jabatan lain termasuk Jabatan Kerja Raya dan sebagainya,” katanya.

Takiyuddin turut menolak andaian bahawa jabatanjab­atan berkaitan lambat mengenal pasti kawasan yang berisiko berlakunya kejadian yang tidak diingini sehinggala­h kejadian itu berlaku.

Katanya kerajaan dan jabatan yang berkaitan memberi keutamaan dan mengambil tindakan di kawasan yang telah dikenal pasti berisiko tinggi untuk berlaku bencana. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PRIHATIN: Takiyuddin menyampaik­an sumbangan kepada mangsa banjir pada lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai, Kupang semalam.
— Gambar Bernama PRIHATIN: Takiyuddin menyampaik­an sumbangan kepada mangsa banjir pada lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai, Kupang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia