Utusan Borneo (Sabah)

JPNS, IPS bakal anjur lapan program kesusaster­aan

-

KOTA KINABALU: Baca Puisi Teluk Mengkabong di Tuaran bertujuan menjadikan Teluk Mengkabong sebagai tarikan pelanconga­n sastera Melayu dan etnik tempatan Sabah antara lapan program bakal dilaksanak­an Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) bersama Ikatan Penulis Sabah (IPS) yang akan disantuni seniman, pelajar dan guru di negeri ini.

Ketua Satu IPS Awang Abdul Muizz Awang Marusin berkata, Pengarah JPNS Tah Nia Jaman, tertarik dengan program berkenaan kerana ramai dalam kalangan pendidik di negeri ini adalah pendeklama­si puisi yang hebat termasuk juara peringkat kebangsaan.

Katanya, Tah Nia memaklumka­n pimpinan IPS bahawa JPNS tiada halangan bekerjasam­a IPS untuk menganjurk­an pelbagai program kesusaster­aan dan kesenian melibatkan pelajar dan guru di negeri ini, mulai bulan ini hingga Disember depan.

Beliau berkata, komitmen itu disuarakan ketika kunjungan hormat IPS terhadap Pengarah JPN Sabah di pejabatnya di Wisma Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di sini Isnin lalu.

“Secara keseluruha­nnya, Tah Nia menyokong semua usaha yang dihasratka­n oleh IPS untuk memartabat­kan bahasa, sastera dan budaya Melayu dan etnik tempatan Sabah dalam kalangan warga pendidikan negeri Sabah, meliputi pegawai dan kakitangan JPN dan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) serta guru dan murid.

“Bagaimanap­un, beliau mengingatk­an IPS agar mematuhi semua peraturan dan garis panduan yang sedang berkuat kuasa terutama keselamata­n murid bagi memastikan semua program yang dirancang berjalan dengan lancar,” katanya dalam satu kenyataan media di sini kelmarin.

Abdul Muizz berkata, antara program yang akan dilaksanak­an adalah Hadiah Sastera Islam Anak Muda Sabah 2022 dengan pertanding­an peringkat akhir, Program Pengukuhan Kurikulum Pendidikan Islam, Adab dan Nilai (PEMANIS), JPNS 2022 pada 16 Julai ini di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Juhar Sandakan.

Katanya, program ini akan melibatkan Dewan Bahasa dan Pustaka, Cawangan Sabah (DBP Sabah), IPS, Majlis Dakwah Negara, Negeri Sabah (MDN Sabah) dan menyasarka­n semua peserta peringkat akhir PEMANIS bagi Pertanding­an Deklamasi Sajak Adab dan Nilai dan Pertanding­an Dendangan Syair Adab dan Nilai.

Beliau berkata, program seterusnya adalah Bengkel Penulisan Kreatif (Sekolah Menengah) sempena Jerayawara Sastera Sandakan 2022 pada 16 Julai ini di Bandar Indah Jaya Sandakan yang dijayakan bersama oleh DBP Sabah dan IPS.

Katanya, program seterusnya adalah Wacana Sastera Sabah 2022 dijangka pada 20 Ogos ini, di Kompleks DBP Sabah, Kota Kinabalu serta diikuti Bengkel Pemantapan Sajak dan Syair untuk Anak Sabah dan Jerayawara Sastera Sekolah 2022.

“Susulan fasa endemik COVID19, IPS bercadang untuk menghidupk­an semula program seperti ini dengan konsep yang pelbagai seperti bengkel penulisan kreatif, seminar sastera pemuda dan Pesta Pantun,” katanya.

Abdul Muizz berkata, IPS juga berhasrat mengadakan Bengkel Kejurulati­han Pantun dengan kerjasama JPNS pada 4 dan 5 Ogos ini di Kompleks DBP Sabah Kota Kinabalu melibatkan 24 guru JPNS yang berperanan sebagai Pengurus Teknik Pantun Sekolah Daerah.

“IPS komited memartabat­kan bahasa, sastera dan budaya Melayu dan etnik tempatan Sabah dalam kalangan warga pendidikan negeri Sabah, baik pegawai dan kakitangan JPN dan PPD mahupun guru dan murid,” katanya.

 ?? ?? CENDERAMAT­A: Abdul Muizz menyampaik­an cenderamat­a kepada Tah Nia selepas kunjungan hormat itu.
CENDERAMAT­A: Abdul Muizz menyampaik­an cenderamat­a kepada Tah Nia selepas kunjungan hormat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia