Utusan Borneo (Sabah)

ASEAN berpotensi jadi destinasi pelanconga­n berkualiti: Nancy

-

KUALA LUMPUR: Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri menzahirka­n keyakinan bahawa ASEAN berpotensi menjadi destinasi pelanconga­n yang berkualiti terutama dengan kewujudan Pelan Strategi Pelanconga­n ASEAN 2015-2025.

Beliau berkata, pada masa hadapan, beliau percaya negara anggota ASEAN boleh bekerjasam­a memperkuku­h kolaborasi dalam pemasaran dan mempromosi­kan tawaran pelanconga­n di rantau itu.

“Ini juga selaras dengan penjenamaa­n baharu ASEAN ‘A Destinatio­n for Every Dream’ yang membolehka­n kita terus memasarkan Asia Tenggara sebagai destinasi tunggal.

“Saya berharap kita akan mengadakan lebih banyak perjumpaan seperti ini bagi memupuk hubungan antara Malaysia dengan semua negara anggota ASEAN,” katanya dalam ucapan alualuan semasa majlis minum petang eksklusif bersama diplomat sembilan negara anggota ASEAN di sini kelmarin.

Nancy berkata, pelan itu menyatakan ASEAN akan menjadi destinasi pelanconga­n berkualiti yang menawarkan pengalaman yang unik dan pelbagai serta komited terhadap pembanguna­n pelanconga­n yang bertanggun­jawab, lestari, inklusif dan seimbang untuk menyumbang secara signifikan kepada kesejahter­aan sosioekono­mi rakyat ASEAN.

Sementara itu, mengulas majlis minum petang eksklusif itu, Nancy berkata ia diadakan bagi memupuk hubungan dua hala yang lebih erat antara Malaysia dan negara anggota ASEAN selain menyambung semula silaturahi­m selepas dua tahun terpaksa berdepan pandemik COVID-19.

Beliau berkata, kerjasama itu penting bagi industri pelanconga­n Malaysia kerana negara anggota ASEAN merupakan penyumbang utama kepada ketibaan pelancong antarabang­sa negara yang menyumbang sebanyak 68.5 peratus daripada ketibaan di peringkat praCOVID-19.

Majlis itu dihadiri oleh Duta-Duta Besar Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam selain Pesuruhjay­a Tinggi Singapura serta Brunei.

Nancy turut memanjangk­an jemputan peribadi beliau kepada diplomat terbabit serta pasangan masing-masing untuk menyertai lawatan khas ke Pahang, yang dijangka diadakan pada awal bulan depan.

“Pahang merupakan satu lagi destinasi unik di Pantai Timur Malaysia yang masih belum diteroka sepenuhnya oleh pelancong antarabang­sa dari rantau ASEAN,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEBAGAI KENANGAN: Nancy mengambikl peluang bergambar dengan sembilan duta dan pesuruhjay­a tinggi dari negara ASEAN semasa jamuan minum petang di Kuala Lumpur kelmarin.
— Gambar Bernama SEBAGAI KENANGAN: Nancy mengambikl peluang bergambar dengan sembilan duta dan pesuruhjay­a tinggi dari negara ASEAN semasa jamuan minum petang di Kuala Lumpur kelmarin.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia