Utusan Borneo (Sabah)

Felix di antara151 atlet yang tersenarai untuk Kejohanan Olahraga Dunia

-

LOS ANGELES: Amerika Syarikat (AS) menyenarai­kan 151 atlet untuk Kejohanan Olahraga Dunia yang terdiri daripada juara bertahan, pemegang rekod dunia dan untuk kali ke-10 dan terakhir bintang terkenal, Allyson Felix.

Stadium Hayward Field di Eugene, Oregon, akan menganjurk­an Kejohanan Dunia terbuka yang pertama di bumi AS, dan pasukan tuan rumah akan menurunkan pasukan yang memaparkan sembilan juara bertahan dalam kejohanan dunia dan 20 pemenang pingat dari Sukan Olimpik Tokyo tahun lepas.

Juara Olimpik, Sydney McLaughlin, yang memperbaha­rui rekod dunianya sendiri ketika memenangi acara 400 meter lompat pagar pada kejohanan kelayakan AS bulan lepas, dijangka akan bersaing dengan juara bertahan kejohanan dunia, Dalilah Muhammad dalam satu acara yang dijangka mahu dikuasai atlet tuan rumah. Pemegang rekod dunia dan juara Olimpik, Ryan Crouser, akan memburu kejuaraan lontar peluru yang setakat ini belum mampu dimenangin­ya tetapi akan berdepan dengan juara dunia dan rakan senegara, Joe Kovacs. Atlet AS lain yang akan mempertaha­nkan kejuaraan yang mereka menangi di Doha sebelum ini ialah Nia Ali dalam acara 100 meter lompat pagar wanita, Donavan Brazier dalam acara 800 meter lelaki, Christian Colemen dalam acara pecut 100 meter lelaki, Grant Holloway dalam acara 110 meter lompat pagar lelaki, Noah Lyles dalam acara 200 meter lelaki, DeAnna Price dalam acara tukul besi wanita dan Christian Taylor dalam acara lompat kijang lelaki.

Tiga lagi atlet AS menerima laluan percuma ke Kejohanan Dunia ialah pemenang acara dalam Liga Permata 2021, Valarie Allman (lempar cakera wanita), Michael Cherry (400 meter lelaki) dan Maggie Ewen (lontar peluru wanita),

Tiada dalam senarai pasukan AS ialah pelari pecut berbakat, Sha’Carri Richardson, yang gagal layak dalam acara 100 atau 200 meter pada kejohanan kelayakan.

Melissa Jefferson adalah pemenang mengejut dalam acara 100 meter wanita pada kejohanan kelayakan AS dengan catatan terbaik dalam kariernya 10.69 saat dan akan berganding­an dengan Aleia Hobbs dan Twanisha Terry dalam acara pecut.

Coleman akan disertai oleh Fred Kerley dalam acara 100 meter selepas meraih dua tempat teratas, bersamasam­a Marvin Bracy Williams dan Trayvon Bell.

Ada seorang bintang legenda yang akan bertanding buat kali ke-10 dan terakhir pada kejohanan dunia sebelum bersara pada bulan Ogos.

Felix, yang memenangi 18 pingat pada kejohanan dunia termasuk 13 pingat emas, menamatkan cabaran di tempat keenam dalam acara 400 meter pada kejohanan kelayakan.

Dia adalah sebahagian dari pasukan memenangi emas buat AS di Doha apabila acara berganti-ganti campuran membuat penampilan sulung pada Kejohanan Dunia. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERPILIH: Gambar fail bertarikh 9 Julai 2020 menunjukka­n Felix menerima baton daripada Tianna Bartoletta untuk memenangi acara 4 x 100 meter berganti wanita pada Sukan Inspirasi Weltklasse Zurich di tengah-tengah pandemik COVID-19 yang berlangsun­g di Walnut, California.
— Gambar AFP TERPILIH: Gambar fail bertarikh 9 Julai 2020 menunjukka­n Felix menerima baton daripada Tianna Bartoletta untuk memenangi acara 4 x 100 meter berganti wanita pada Sukan Inspirasi Weltklasse Zurich di tengah-tengah pandemik COVID-19 yang berlangsun­g di Walnut, California.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia