Utusan Borneo (Sabah)

Halep berhabis-habisan atasi Anisimova, tempah pertemuan separuh akhir dengan Rybanika

-

LONDON: Bekas juara, Simona Halep berkata dia bermain di “tahap terbaik” ketika menempah pertemuan separuh akhir menentang Elena Rybakina dari Kazakhstan dalam kejohanan Wimbledon di sini pada Rabu.

Halep, juara 2019, tidak menghadapi masalah untuk ke separuh akhir apabila menewaskan pemain dari Amerika Syarikat (AS), Amanda Anisimova 6-2 dan 6-4 di suku akhir.

Rybakina, pemain kelayakan Rusia, menjadi pemain pertama mewakili Kazakhstan yang melangkah ke peringkat separuh akhir satu kejohanan Grand Slam apabila menewaskan Ajla Tomljanovi­c dari Australia 4-6, 6-2 dan 6-3.

“Sememangny­a ini adalah permainan terbaik saya,” kata Halep, yang tidak menyertai kejohanan di sini tahun lepas kerana kecederaan betis.

“Saya cuba membina semula keyakinan saya dan ia adalah bagus.”

Bintang Romania yang juga pilihan ke-16 kejohanan dan pernah muncul juara Terbuka Perancis pada 2018, menamatkan permainan suku akhir dalam masa lebih satu jam.

“Ia menarik untuk kembali ke separuh akhir,” kata bekas pemain nombor satu dunia itu. “Saya berasa agak emosi ketika ini. Ia sangat bermakna bagi saya.”

Pemain berusia 30 tahun itu menguasai permainan di Gelanggang Utama apabila mendahului 5-1 sebelum menang 6-2.

Ia juga senario yang sama pad set kedua, dengan Halep sekali lagi mendahului selesa 5-1 pada satu ketiga sebelum Anisimova menyelamat­kan tiga mata akhir sebelum akhirnya terpaksa akur dengan kehebatan lawannya.

“Saya terpaksa bertahan dengan kaki saya banyak membantu,” kata Halep, yang masih belum tewas satu set setakat ini.

“Saya juga memerlukan pukulan servis yang baik

– semuanya berjalan lancar ketika ini.”

Rybakina bangkit dari ketinggala­n untuk melangkah ke peringkat separuh akhir yang pertama kejohanan Grand Slam apabila melakukan 15 pukulan servis kencang untuk menewaskan Tomljanovi­c, yang juga pernah ke suku akhir pada tahun lepas.

“Ia menarik sekali. Saya benar-benar gembira untuk ke separuh akhir. Ia adalah perlawanan yang sukar,” kata pemain kelahiran Moscow berusia 23 tahun itu.

“Saya bermula agak hambar, pukulan servis saya tidak meyakinkan.

“Mungkin saya gemuruh. Dia bermain dengan sangat baik dan juga bertahan dengan kemas tetapi saya cuba memberi fokus kepada pukulan servis saya, cuba mencari jalan dan kemudian menemuinya.”

Rybakina bertukar kerakyatan pada 2018. Tahun ini, pemain dari Rusia dan Belarus digantung dari Wimbledon ekoran penceroboh­an Rusia di Ukraine.

Rybalina melakukan lima pukulan servis kencang pada set pertama tetapi 10 pukulan kemenangan­nya terjejas dengan 10 kesilapan mudah membolehka­n Tomljanovi­c memenangi set pertama.

Namun Rybakina bangkit bergaya dengan memenangi dua set seterusnya dengan agak selesa.

Halep dan Rybakina bertemu tiga kali setakat ini dengan Halep memegang rekod 2-1.

Pertemuan terakhir keduadua pemain ialah di Terbuka AS pada 2021 dengan Halep menang dalam tiga set di pusingan ketiga kejohanan.

“Ia satu cabaran besar bagi saya.

Kami sudah bertemu beberapa kali dan bersaing sengit,” kata Rybakina. — AFP

 ?? ?? RYBAKINA
RYBAKINA
 ?? ?? HALEP
HALEP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia