Utusan Borneo (Sabah)

Program ‘Comunity Policing’ platform salur maklumat keselamata­n

IPD Kota Marudu, MAN dekati masyarakat kongsi isu berbangkit

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA MARUDU: Program ‘Comunity Policing’ dan dialog Ketua Polis Daerah Kota Marudu bersama Ketua-Ketua Kampung di sekitar sini dan kawasan Tandek menjadi platform bagi kedua-dua pihak dalam penyaluran dan perkongsia­n maklumat keselamata­n.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superitend­an Zairolniza­l Ishak berkata, perjumpaan yang diadakan di Dewan Komuniti Kota Marudu itu adalah hasil kolaborati­f Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu dan Mahkamah Anak Negeri.

“Perjumpaan ini menyasarka­n objektif antara lainnya memberi peluang kepada Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN), Ketua Masyarakat Cina dan KetuaKetua Kampung di daerah ini bertemu secara langsung dengan Ketua Polis Daerah dan Ketua-Ketua Bahagian serta Ketua Polis Balai IPD Kota Marudu.

“Program ini juga bagi membincang­kan sebarang permasalah­an dan isu-isu berbangkit dalam kalangan penduduk kampung terutamany­a berkenaan isu-isu keselamata­n, ketenteram­an awam, operasi bencana dan aktiviti pencegahan jenayah di kampung masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, antara pengisian program ialah Ceramah Pencegahan Jenayah Penipuan

Atas Talian (Online Scam) Oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJKD) IPD Kudat Inspektor Yap Kean Leong dan Jenayah Seksual serta Peranan Ketua-Ketua Kampung Dalam Menjalanka­n Aktiviti Pencegahan Jenayah oleh PT Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK) IPK Sabah Superinten­dan

Kalsom Idris.

Katanya, majlis mendapat sambutan yang sangat menggalakk­an dan dihadiri seramai 170 orang yang terdiri daripada Ketua Bahagian, Ketua Polis Balai IPD Kota Marudu, Pegawai Kanan Polis, PRP, PA Ipd Kota Marudu serta dua Ketua Daerah, KAN, WKAN, Ketua Masyarakat Cina dan 104 Ketua Kampung.

 ?? ?? PERJUMPAAN: Zairolniza­l bergambar bersama sebahagian daripada tetamu yang hadir dalam program terbabit.
PERJUMPAAN: Zairolniza­l bergambar bersama sebahagian daripada tetamu yang hadir dalam program terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia