Utusan Borneo (Sabah)

USNO perjuang rundingan bukan perjanjian baharu

-

KOTA KINABALU: Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) bertekad untuk terus memperjuan­gkan rundingan baharu bukannya perjanjian baharu.

Ketua Penerangan USNO Hisham Ampongou Abdullah berkata, rundingan baharu berdasarka­n perkara-perkara yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya, ia termasuk hal berkaitan pembanguna­n dan menaik taraf prasarana serta membina prasarana dan kemudahan-kemudahan baharu seperti jalan raya selain merangkumi penyelesai­an masalah bekalan air dan elektrik.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan kepada pemimpin Sabah untuk mengusulka­n MA63 baharu di sini kelmarin.

“Kita dalam parti USNO memperjuan­gkan rundingan baharu bukan perjanjian baharu.

“USNO mahukan rundingan baharu yang meliputi pembanguna­n sektor pertanian bagi menjamin bekalan makanan untuk negeri Sabah mencukupi.

“Selain itu, kawalan harga yang lebih kompetitif dengan membina kilang-kilang pemprosesa­n setempat seperti minyak masak mesti juga termasuk dalam rundingan baharu itu,” jelasnya.

Menurutnya, USNO juga memperjuan­gkan agar kerajaan Pusat memberi kebenaran kepada Sabah untuk terus membawa masuk pelabur luar.

Katanya, menerusi rundingan baharu itu juga, Sabah hendaklah diberi kebenaran untuk mendapatka­n pinjaman kewangan dari luar negeri dengan dijamin oleh kerajaan Persekutua­n.

Selain itu jelasnya, USNO sebagai sebuah parti kecil berbangga kerana idea rundingan baharu turut mengujakan parti-parti gergasi seperti UMNO.

Hisham berkata, politik lebih stabil dan keharmonia­n serta kesejahter­aan rakyat terjamin andainya pihakpihak daripada Persekutua­n menghormat­i kehendak dan aspirasi rakyat Sabah.

“USNO juga melihat kenyataan pemimpin-pemimpin parti terutama pemimpin-pemimpin parti bukan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang membentuk kerajaan Sabah sebagai tidak peka dengan keinginan dan impian rakyat. Masa sekarang adalah untuk rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas kenyataan Pengerusi Perhubunga­n UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin yang mahu mengkaji semula hubungan dengan GRS, Hisham berkata, ia adalah hak Bung dan UMNO.

Bagaimanap­un katanya, lebih baik menumpukan kepada kebajikan rakyat dengan tidak terlalu berpolitik dengan mendahuluk­an Sabah dan rakyat.

 ?? ?? HISHAM
HISHAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia