Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan tingkatkan pelaksanaa­n pelbagai strategi berkaitan ESG dalam Bajet 2023: Tengku Zafrul

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan kekal komited untuk mengutamak­an program dan projek pembanguna­n yang memberi tumpuan kepada alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) seperti yang digariskan dalam penyata pra-Bajet 2023, kata Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata keutamaan yang fokus ESG ini juga merupakan pendorong utama bagi Malaysia untuk beralih daripada fasa pemulihan semasa kepada pembaharua­n jangka panjang seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

“Justeru, Bajet 2023 akan memberikan tumpuan yang lebih kepada pembanguna­n dan kesejahter­aan holistik, dibantu oleh peluang pendapatan yang lebih baik untuk semua,” katanya dalam ucap tama pada pelancaran Pelan Tindakan dan Laporan Kelestaria­n 2021 Edotco di sini semalam.

Tengku Zafrul berkata kerajaan akan meningkatk­an pelaksanaa­n pelbagai strategi dan langkah kemampanan di bawah

Bajet 2022 yang akan menyokong aspirasi berasaskan ESG jangka panjang Malaysia.

Beliau menekankan bahawa transforma­si berkekalan hanya boleh dicapai apabila seluruh negara termasuk sektor awam dan swasta bersatu di belakang visi kemampanan yang sama.

“Kita tidak lagi mampu mengabaika­n isu-isu struktur utama yang diburukkan lagi oleh pandemik, dan banyak bencana negara berkaitan perubahan iklim yang telah melanda negara dan menyebabka­n kehilangan nyawa dan harta benda yang tidak perlu, tahun demi tahun,” tambah beliau.

Mengenai kaitan antara kemampanan dan teknologi, Tengku Zafrul menyatakan bahawa sektor teknologi maklumat dan komunikasi bertanggun­gjawab untuk kira-kira tiga peratus hingga empat peratus daripada pelepasan karbon global.

Sementara itu, beliau berkata Malaysia telah mempercepa­tkan agenda ketersambu­ngannya, antaranya memastikan liputan 5G di 80 peratus kawasan berpendudu­k menjelang akhir 2024.

“Bagaimanap­un, seperti jiran serantau kita, kita juga mesti sedar akan kesan alam sekitar yang lebih buruk daripada pembanguna­n digital yang tidak dikawal.

“Inovasi mesti terus berkembang untuk semua orang meraih faedahnya. Oleh itu, kita mesti melihat bagaimana kita boleh bekerjasam­a untuk merealisas­ikan manfaat bersama, tanpa memberi kesan buruk kepada alam sekitar,” tambahnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia