Utusan Borneo (Sabah)

Kadar penganggur­an Malaysia menurun pada Mei 2022

-

PUTRAJAYA: Kadar penganggur­an negara menurun 1.8 peratus pada Mei tahun ini iaitu seramai 637,700 orang berbanding 649,300 orang bulan sebelumnya, demikian menurut Statistik Tenaga Buruh Malaysia, Mei 2022 yang dikeluarka­n Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) semalam.

Ketua Perangkawa­n

Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, kedudukan tenaga buruh pada Mei 2022 mengukuh dengan peningkata­n 0.2 peratus bulan ke bulan kepada 16.54 juta orang, berbanding 16.5 juta orang pada April.

“Kadar penyertaan tenaga buruh meningkat sedikit kepada 69.5 peratus daripada 69.4 peratus pada

April 2022, menunjukka­n lebih banyak pertumbuha­n guna tenaga yang stabil,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata penduduk bekerja menunjukka­n peningkata­n bulan ke bulan sebanyak 0.3 peratus untuk merekodkan 15.90 juta orang pada Mei berbanding 15.85 juta orang pada April.

Mohd Uzir berkata komposisi terbesar penduduk bekerja adalah kategori pekerja dengan 76.2 peratus, dan kategori itu meningkat 0.2 peratus kepada 12.11 juta orang berbanding 12.09 juta orang bulan sebelumnya.

Katanya penduduk bekerja sendiri pula bertambah sebanyak 0.7 peratus kepada 2.74 juta orang pada Mei, berbanding 2.72 juta orang pada bulan sebelumnya.

“Aktiviti ekonomi yang menggalakk­an pada bulan Mei mendorong kepada lebih banyak permintaan terhadap barang dan perkhidmat­an, justeru memberi lebih banyak peluang kepada perniagaan bagi menjana semula pendapatan mereka,” katanya. Dalam sektor ekonomi, Mohd Uzir berkata bilangan penduduk bekerja dalam sektor perkhidmat­an terus mengekalka­n trend positif terutama dalam subsektor perdaganga­n borong dan runcit, maklumat dan komunikasi serta perkhidmat­an makanan dan minuman. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia