Utusan Borneo (Sabah)

Jualan rumput Mohamad Zulhimi meningkat dua kali ganda menjelang Aidiladha

-

TANAH MERAH: Seorang buruh binaan Mohamad Zulhimi Zakaria, 30, tidak pernah menyangka perniagaan menjual rumput secara sampingan yang diusahakan­nya sejak tahun lepas meningkat dua kali ganda menjelang sambutan perayaan Aidiladha.

Beliau berkata permintaan jualan rumput itu semakin bertambah apabila harga dedak haiwan ternakan seperti lembu dan kambing meningkat menyebabka­n ramai penternak beralih arah untuk memberi makanan lain seperti rumput kerana harganya jauh lebih murah.

“Saya mula mengusahak­an perniagaan rumput ini di tanah sendiri seluas 0.4 hektar yang terletak dekat Kampung

Chawas, di sini, selepas memperoleh benih rumput daripada rakan saya.

“Apabila rumput yang ditanam ini mula subur dan tingginya lebih kurang 38 hingga 50 sentimeter, saya akan mencerut dan menjualnya dengan harga RM7 seguni,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya dekat Kampung

Manal, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Mohamad Zulhimi berkata rumput-rumput itu boleh dituai setelah mencapai usia satu hingga dua bulan dan dalam tempoh satu hari beliau dapat mencerut rumput tersebut hampir tujuh guni untuk dijual kepada penternak di sekitar kawasan terbabit.

“Saya tidak menyangka hasil jualan rumput menjelang perayaan Aidiladha meningkat dua kali ganda sehingga mencecah hampir RM1,200 sebulan berbanding sebelum ini sekitar RM500 hingga RM600 sebulan sahaja.

“Alhamdulil­lah ia mendapat sambutan kerana saya turut menggunaka­n media sosial seperti Facebook untuk memasarkan jualan ini dan saya lihat tanaman rumput ini sangat berpotensi untuk dijadikan sebagai sumber makanan kepada haiwan ternakan memandangk­an situasi ekonomi yang tidak menentu,” katanya.

Sementara itu, penternak lembu Suhairi Abdullah, 40, berkata beliau terpaksa memberi makanan rumput kepada haiwan ternakanny­a kerana tidak mampu untuk membeli dedak.

“Makanan ini (rumput) menjadi pilihan penternak seperti saya sebab saya perlu pastikan haiwan-haiwan ternakan saya sentiasa diberi makanan yang cukup dan sihat sebelum disembelih pada Hari Raya Aidiladha nanti,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia