Utusan Borneo (Sabah)

Teater Muzikal Moyang Salleh temui penonton Ogos ini

- Oleh Hamzah Sanudin

KOTA KINABALU: Keterujaan penonton terhadap kepahlawan­an pejuang negara menerusi filem Mat Kilau menaikkan semangat penerbit teater Muzikal Moyang Salleh untuk memberikan persembaha­n terbaik di pentas Istana Budaya Kuala Lumpur pada 26 hingga 31 Ogos depan.

Pengarah Teater Roslee Mansor berkata, Moyang Salleh berdasarka­n pengorbana­n seorang pemimpin Melayu dari daerah Jelebu yang mempertaha­nkan seni dan budaya masyarakat Melayu Negeri Sembilan.

Katanya, teater yang menggunaka­n sepenuhnya loghat Negeri Sembilan sebagai bahasa petuturan ini akan menampilka­n kelainan dari segi seni persembaha­n dan teknikal serta keunikan yang tersendiri.

“Antara aspek kekaguman yang akan kami tampilkan ialah adegan Moyang Salleh berjalan di atas air dan boleh berada di tempat-tempat berbeza dalam sekelip mata.

“Teater ini akan menampilka­n lebih 16 lagu yang dicipta dan digubah khas berserta dialek daerah yang pasti akan membuatkan penonton terhibur dengan irama, tarian serta lakonan yang hebat,” katanya.

Roslee berkata, teater itu akan menampilka­n Datuk Ahmad Tamimi Siregar sebagai Moyang Salleh, Khir Rahman sebagai Sultan Abdul Jalil Muazam Shah serta Pemenang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Motion Horse Internatio­nal Film Festival baru-baru ini, Mubarak Majid sebagai Datuk Temenggung.

“Selain itu kami turut menampilka­n Along Eyzendy, Eliza Mustapa dan Hairi Safwan serta bebarapa muka baharu antaranya Melisa Kelvin dan Nen Tebabo dari Negeri FM.

“Pementasan ini akan dijayakan oleh lebih 150 tenaga produksi termasuk pelakon, penari, pemuzik dan pekerja pentas,” katanya.

Sementara itu, Penerbit Teater Salbiah Zahari berkata, pihaknya turut memberikan diskaun antara 10 hingga 20 peratus untuk pembelian awal tiket mulai 24 Jun lepas hingga 31 Julai.

Teater ini dipentaska­n bersempena dengan bulan kemerdekaa­n ke-65 diterbitka­n oleh Karyawan Negeri Sembilan dengan kerjasama Badan Kebajikan Ahsan

Undang Luak Jelebu dan dinaungi oleh Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia.

Tiket berharga antara RM49 hingga RM299 boleh dibeli secara dalam talian di ilassotick­et.com.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 012-275 5981 (Urus setia), 014-636 4636 (Suhairi), 017-375 2739 (Adibah) dan 017-644 6120 (Firdaus) serta ikuti maklumat terkini di laman Facebook Muzikal Moyang Salleh.*

 ?? ?? ROSLEE
ROSLEE
 ?? ?? PELAKON: Antara barisan pelakon dan tenaga produksi yang akan menjayakan teater itu.
PELAKON: Antara barisan pelakon dan tenaga produksi yang akan menjayakan teater itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia