Utusan Borneo (Sabah)

SRIKANDI DIMINTA SIAP HADAPI PRU-15

Perkasakan program mendekati rakyat, dan laksana proses ‘tambah nilai’, kata Azizah

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA BELUD: Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah perlu terus memperkasa­kan program mendekati rakyat.

Ketua Srikandi BERSATU Sabah Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun berkata, Srikandi juga perlu melakukan proses ‘tambah nilai’ dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang dijangka berlaku pada bila-bila masa.

Berikutan itu katanya, setiap kepimpinan Srikandi BERSATU peringkat bahagian serta cawangan perlu segera menggerakk­an jentera masing-masing bagi melaksanak­an program yang disusun atur.

Menurutnya, pada masa yang sama setiap ahli perlu memiliki semangat solidariti dan jati diri yang kental dalam menghadapi apa juga cabaran yang ada.

“Inilah formula yang cukup penting untuk pasukan Srikandi BERSATU dalam perjuangan politik yang semakin mencabar ketika ini.

“Kita ingin mengingatk­an pemimpin akar umbi supaya bekerja secara berpasukan kerana setiap gerak kerja tidak mungkin dapat dilaksanak­an dengan berkesan jika dilakukan secara berseorang­an,” katanya semasa perjumpaan dengan jentera Srikandi BERSATU Kota Belud kelmarin.

Beliau berkata, semua pihak harus sedar dan faham bahawa pilihan raya bermakna BERSATU perlu berhadapan dengan kawan dan lawan yang masingmasi­ng mempunyai strategi dan kekuatan tersendiri.

Menyentuh mengenai perjumpaan tersebut, beliau berkata, banyak perkara dan isu yang dibangkit, dibincang dan diperhalus­i demi memperkuku­hkan jentera parti untuk mengharung­i cabaran PRU15 di peringkat akar umbi.

Katanya, kemahiran memanfaatk­an media sosial juga perlu dimiliki oleh semua ahli dalam menyebar luas perjuangan parti kepada rakyat.

 ?? ?? ALBUM: Azizah bersama pemimpin lain merakamkan gambar kenangan bersama jawatankua­sa Srikandi BERSATU Kota Belud.
ALBUM: Azizah bersama pemimpin lain merakamkan gambar kenangan bersama jawatankua­sa Srikandi BERSATU Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia