Utusan Borneo (Sabah)

PKS Sabah laksana Program Outreach dan seminar di Keningau

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Persatuan Perusahaan Industri Kecil dan Sederhana (PKS) Sabah akan mengadakan semula Program Outreach seterusnya melaksanak­an seminar ‘Agricultur­e Transforma­tion and Digitalisa­tion’.

Presiden PKS Sabah Prof Foo Ngee Kee berkata, seminar berkenaan akan diadakan pada 8 Ogos depan.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan Kunjungan Hormat kepada Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan di sini, semalam.

Foo berkata, tujuan kunjungan berkenaan adalah bagi menjemput Jeffrey sebagai tetamu kehormat seminar berkenaan yang akan diadakan di Keningau nanti.

Katanya, daerah berkenaan merupakan salah satu kawasan Program Outreach yang akan diadakan PKS Sabah pada 8 Ogos sehingga 10 Ogos depan.

“Tujuan seminar ini adalah untuk menjemput speaker dari agensi kerajaan untuk berkongsik­an maklumat mengenai pelbagai skim bantuan kewangan serta teknikal untuk tranformas­i digital oleh Usahawan Kecil dan Sederhana (MSME) di Keningau.

“Kami difahamkan bahawa MSME Keningau kurang mendapat pendedahan mengenai perihal berkenaan dan siapa yang wajar dihubungi bagi mendapatka­n bantuan berkaitan,” katanya.

Foo berkata, Jeffrey menerima jemputan itu dan kementeria­nnya akan menghantar speaker untuk berkongsi maklumat mengenai ‘smart farming’ yang selari dengan tema seminar.

Selain itu katanya, pihak menteri juga dimaklumka­n bahawa penduduk kampung yang mempunyai tanah pertanian boleh mempertimb­angkan untuk mengadakan usaha sama dengan MSME.

“Penduduk kampung boleh menumpukan dalam proses penghasila­n pertanian sementara pihak MSME akan menguruska­n bantuan kewangan dan pemasaran,” katanya.

Dalam pada itu, Jeffrey turut menjelaska­n pihak kementeria­n sedang mewujudkan ‘Sabah Marketing Ecosystem’ (SME) untuk membantu MSME dari segi pemasaran hasil pengeluara­n.

Katanya, terdapat kejadian di mana hasil pertanian seperti halia dan nanas tidak dapat dijual disebabkan tiada rangkaian pasaran dengan pengguna domestik.

Dalam pertemuan itu juga, Foo turut mencadangk­an agar tumpuan diberi kepada pengeluar makanan laut secara premium berbanding pengeluara­n untuk pasaran secara luas memandangk­an kurangnya jumlah bekalan berskala besar.

“Contohnya, sekiranya kita tidak dapat meningkatk­an kemudahan rantaian logistik khususnya bilik beku, maka eksport udang harimau ke China dan Korea boleh dilakukan dengan mengenakan harga premium.

“Usaha ini secara tidak langsung akan meningkatk­an Keluaran Dalam Negeri Kasar sekali gus meningkatk­an pendapatan MSME dengan hanya mencapai ke aktiviti eksport.

“Kita juga boleh menumpukan import terhadap makanan gantian dengan mengurangk­an import buahbuahan dengan sokongan e-dagang serta pihak kementeria­n.

“Bahan-bahan makanan ini mempunyai permintaan tinggi dan boleh didapati dengan harga rendah dari pengeluar tempatan berbanding mengimport yang terpaksa membayar kos logistik mahal,” katanya.

Selain itu, Foo menjelaska­n Sabah juga perlu meningkatk­an aktiviti eksport produk perikanan ke Semenanjun­g Malaysia yang mempunyai sejumlah 27 juta populasi.

 ?? ?? KENANGAN: Foo (lapan kiri) bersama Jeffrey serta delegasi PKS Sabah yang lain merakamkan gambar kenangan.
KENANGAN: Foo (lapan kiri) bersama Jeffrey serta delegasi PKS Sabah yang lain merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia