Utusan Borneo (Sabah)

Joe Gomez perbaharui kontrak lima tahun lagi bersama Liverpool

-

LONDON: Pemain pertahanan Liverpool, Joe Gomez menandatan­gani kontrak lima tahun baharu bersama kelab itu kelmarin.

Gomez dikaitkan dengan perpindaha­n dari Anfield selepas hanya membuat 21 penampilan musim lalu.

Pemain berusia 25 tahun itu telah ketinggala­n di belakang Virgil van Dijk, Joel Matip dan Ibrahima Konate dalam senarai pemain tengah pilihan Jurgen Klopp.

Gomez juga sebelum ini mengalami kecederaan lutut dan buku lali yang serius sejak menyertai Reds pada 2015.

Namun Klopp tetap yakin Gomez masih ada peranan besar untuk dipikul selepas melanjutka­n tempohnya di Merseyside.

“Salah satu daripada banyak perkara yang indah tentang Joe ialah dia mempunyai pengalaman dan masih muda,” kata Klopp.

“Tidak lama lagi dia berusia 25 tahun tetapi dia sudah berada di kelab sebelum saya.

Tahun-tahun terbaiknya masih bakal menjelang, dan saya amat bersukacit­a bahawa ini akan berlaku dengan kami.”

Gomez, yang ditandatan­gani dari Charlton, telah membantu Liverpool memenangi Liga Juara-Juara, Liga Perdana, Piala FA, Piala Liga dan Piala Dunia Kelab FIFA.

Gomez menambah: “Ini ialah sebuah tempat yang luar biasa. Di mata saya, mungkin salah satu yang terbaik – jika bukan yang terbaik – kelab di dunia kini.

“Kesempatan untuk melanjutka­n tempoh saya di sini ialah satu keputusan yang mudah untuk dibuat.

“Jelas sekali, saya telah berada di sini agak lama sekarang, tetapi secara keseluruha­nnya saya masih berasa muda dan tahun-tahun terbaik terbentang di hadapan saya. Saya masih ada banyak untuk dipelajari dan masa untuk melakukann­ya.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia