Utusan Borneo (Sabah)

Nadal gagal pulih daripada kecederaan perut, menarik diri dari Wimbledon

-

LONDON: Rafael Nadal kelmarin mengumumka­n bahawa dia menarik diri dari Wimbledon setelah tidak dapat pulih daripada kecederaan perut, mengakhiri harapannya untuk kalendar Grand Slam.

Lawan separuh akhir Nick Kyrgios akan terus layak ke final Ahad, di mana dia akan bermain dengan sama ada pilihan utama dan juara enam kali Novak Djokovic atau Cameron Norrie dari Britain.

Nadal, juara Grand Slam 22 kali, kelihatan sakit semasa perlawanan kemenangan lima set menentang Taylor Fritz dari Amerika pada hari Rabu.

Harian sukan Sepanyol, Marca pada awal Khamis melaporkan bahawa Nadal mengalami koyak sepanjang “tujuh milimeter” di perutnya tetapi masih berkeras untuk bermain.

Tetapi pemain berusia 36 tahun bercakap di sidang akhbar pada hari itu mengesahka­n dia menarik diri.

“Malangnya seperti yang anda jangkakan, saya berada di sini kerana saya perlu menarik diri daripada kejohanan,” kata juara Wimbledon dua kali itu.

“Seperti yang disaksikan oleh semua orang semalam saya telah menderita dengan kesakitan di perut dan ada sesuatu yang tidak kena. Telah disahkan, saya mengalami luka di otot.”

Pemain Sepanyol itu berkata dia telah mempertimb­angkan keputusan tersebut sepanjang hari.

Tetapi dia berkata: “Tidak masuk akal untuk meneruskan, walaupun saya cuba untuk meneruskan. Ia keadaan yang sangat sulit tetapi jelas sekali jika saya meneruskan, kecederaan akan menjadi lebih teruk dan lebih parah.”

Pilihan kedua itu berada dalam kesakitan semasa perlawanan menentang Fritz, yang dia menang 3-6, 7-5, 3-6, 7-5, 7/6 (10/4) dalam empat jam dan 21 minit.

Nadal diberi penahan kesakitan semasa pertanding­an dan dirawat pada set kedua, mengakui bahawa bapa dan kakaknya telah memberi isyarat agar dia berhenti.

Dia berlatih di Wimbledon pada petang hari Khamis namun, dalam sidang akhbar 7:20 petang itu, dia mengakui dia tidak mampu meneruskan.

Keputusann­ya untuk menarik diri menamatkan harapannya untuk memenangi keempat-empat kejohanan utama pada tahun yang sama selepas kemenangan­nya di Terbuka Australia dan Terbuka Perancis tahun ini.

Lelaki terakhir yang pernah melengkapk­an kalendar Grand Slam ialah Rod Laver, pada tahun 1969.

Nadal, yang mengatakan kecederaan­nya menghalang­nya daripada dapat bermain dengan baik, menambah: “Saya tidak pernah memikirkan kalendar Slam, saya memikirkan catatan harian saya dan kegenbiraa­n saya.

“Saya membuat keputusan kerana saya tidak percaya saya boleh memenangi dua perlawanan dalam keadaan ini. Bukan sahaja saya tidak boleh bermain pada kelajuan yang betul, saya tidak boleh melakukan pergerakan biasa untuk memukul hantaran.”

Nadal berhasrat untuk memenangi gelaran Grand Slam ke-23 dan menyamai pencapaian Serena Williams sebagai pemain kedua terbanyak gelaran perseorang­an Grand Slam. Margaret Court ialah pemain terbanyak dengan 24 kemenangan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TARIK DIRI: Nadal bercakap pada sidang media pada hari kesebelas Kejohanan Wimbledon 2022 di Kelab Tenis All England di Wimbledon, kelmarin.
— Gambar AFP TARIK DIRI: Nadal bercakap pada sidang media pada hari kesebelas Kejohanan Wimbledon 2022 di Kelab Tenis All England di Wimbledon, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia