Utusan Borneo (Sabah)

Dari penghantar makanan ke bintang Serie A, Messias diserap masuk ke AC Milan

-

MILAN: Junior Messias melengkapk­an kemahsyura­nnya daripada seorang pekerja hantaran menjadi bintang Serie A kelmarin apabila perpindaha­nnya ke AC Milan disahkan kekal oleh juara Itali itu.

Messias dari Brazil menyertai Milan pada musim panas lalu sebagai pemain pinjaman dari Crotone dengan pilihan untuk dibeli dengan nilai lebih dari lima juta euro dan merupakan pemain penting dalam pasukannya untuk gelaran Serie A, menjaringk­an lima kali dalam 26 penampilan liga.

Milan dalam satu kenyataan mengesahka­n bahawa Messias “telah menandatan­gani kontrak dengan Kelab sehingga 30 Jun 2024” selepas merundingk­an semula yuran pembelian kepada 4.5 juta euro ditambah dengan bonus.

Ketibaan Messias di peringkat tertinggi bola sepak kelab lebih mengagumka­n memandangk­an dia memulakan kerjayanya di Itali sebagai permainan amatur lebih sedekad yang lalu.

Dia tiba di Itali dan tinggal bersama abangnya pada tahun 2011 dan perlahan-lahan naik melalui divisyen bawah bola sepak Itali — pada satu ketika pernah menghantar peti sejuk untuk mencari nafkah — sebelum dijemput oleh kelab Crotone yang ketika itu dalam Serie B pada Januari 2019.

Dia membantu mengangkat pasukan selatan ke Serie A dan dua musim lalu dia menjaringk­an sembilan gol dalam 36 penampilan liga. Dia kemudianny­a memperoleh­i peluang untuk bermain untuk juara tujuh kali Eropah, Milan secara pinjaman.

Walau bagaimanap­un, kebangkita­nnya tidak lancar, dengan perpindaha­n 2017 ke kelab bersejarah Pro Vercelli — pemenang tujuh gelaran liga abad yang lalu — ditegah kerana kelab Serie B dilarang untuk menandatan­gani pemain tanpa pasport Kesatuan Eropah dari liga amatur.

Dia juga akan melakukan kerja-kerja penghantar­annya pada cuti musim panas antara musim bola sepak untuk mencari nafkah dan bukannya pergi bercuti.

Pengorbana­n itu telah membawanya masuk San Siro untuk bermain di salah satu kelab termahsyur di dunia dan memenangi Scudetto pertama mereka sejak tahun dia berpindah ke Itali. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia