Utusan Borneo (Sabah)

KKSA anjur Program Kecergasan untuk pemain muda skuash Sabah

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Persatuan Skuash Kota Kinabalu (KKSA) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sabah (MSNS) dan Heal Research Unit (HEAL), Fakulti Perubatan dan Kesihatan Bersekutu (FPSK), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurk­an Program Kempen Kesedaran Kecergasan untuk Pemain Skuash Elit Junior pada 2 sehingga 3 Julai lalu.

Program diadakan di Heal Research Unit, FPSK dan Gelanggang Squash, Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu.

Seramai 21 pemain skuash Sabah yang bernaung di bawah KKSA telah mengikuti kejohanan di peringkat kebangsaan telah menyertai program ini.

Program yang bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai kepentinga­n elemen latihan kecergasan fizikal, disamping meningkatk­an lagi semangat juang dalam kalangan pemain.

Ketua UNIT HEAL, FPSK, Prof. Madya Dr. D. Maryama Ag Daud yang bertanggun­gjawab merangka program tersebut berkata, beberapa aktiviti yang memfokuska­n kepada aspek praktikal meliputi ujian kecergasan serta demonstras­i latihan dan regangan amat penting bagi memastikan peserta memahami aspek asas kecergasan sekali gus mengelakka­n risiko kecederaan ketika menjalani latihan atau menyertai kejohanan.

Selain itu, katanya program tersebut menggunaka­n khidmat kepakaran Dr. Mariam

George Matthew yang merupakan salah soerang pakar perunding perubatan sukan di Hopsital Queen Elizabeth.

Menurut Dr. D. Maryama melalui program tersebut, ia membolehka­n setiap pemain dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan masingmasi­ng untuk meningkatk­an prestasi mereka sebagai pemain skuash yang lebih baik dalam menyertai kejohanan sama ada di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.

“Program ini juga memberi peluang kepada pemain untuk meningkatk­an kemahiran daya fikir mereka dalam memahami aspek kecergasan yang seterusnya dapat meningkatk­an potensi diri sebagai seorang atlet,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan KKSA Jessye Linog berkata, sesi perkongsia­n berkaitan pengalaman atlet dilakukan bagi memastikan peserta bukan sahaja cemerlang sebagi atlet atau pemain skuash tetapi juga dalam bidang akademik serta kerjaya.

“Penganjura­n Fitness Awareness Campaign ini merupakan satu platform untuk menerapkan kesedaran tentang kepentinga­n kecergasan fizikal serta meningkatk­an persaingan secara sihat dalam kalangan pemain skuash.

“Malah aktiviti ini juga menyediaka­n peluang kepada atlet pemain skuash junior untuk memperoleh­i daya tahan keupayaan fizikal dan kecergasan fizikal mereka,” katanya.

 ?? ?? KENANGAN: Sebahagian pemain skuash elit junior merakamkan kenangan dengan Dr. Mariam bersama sijil yang diterima dalam program Fitness Awareness Campaign.
KENANGAN: Sebahagian pemain skuash elit junior merakamkan kenangan dengan Dr. Mariam bersama sijil yang diterima dalam program Fitness Awareness Campaign.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia