Utusan Borneo (Sabah)

PERKESO lancar Program Saringan Kesihatan 2.0

-

KLANG: Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) dengan kerjasama Sime Darby Plantation Berhad (SDP) telah menganjurk­an Majlis Pelancaran Program Saringan Kesihatan PERKESO 2.0 di Akademi Sime Darby Plantation, Pulau Carey, semalam.

Pelancaran Program Saringan Kesihatan PERKESO 2.0 atau HSP 2.0 ini adalah bagi memaklumka­n kepada orang ramai secara rasminya mengenai pelaksanaa­n semula program pemeriksaa­n kesihatan percuma bagi pencarum PERKESO yang telah bermula sejak 1 Jun 2022.

Sebelum ini, operasi HSP terpaksa ditangguhk­an sementara dari 1 April 2020 hingga 31 Mei 2022, bagi memberi laluan dan menyokong usaha kerajaan mengekang penularan wabak COVID-19.

Melalui HSP 2.0 PERKESO telah membawa beberapa penambahba­ikan termasuk memperbaha­rui parameter saringan kesihatan dengan memperkena­lkan saringan kesihatan mental dan penilaian risiko kesihatan keluarga bagi memastikan program ini kekal kondusif dan relevan buat golongan pekerja.

Berdasarka­n statistik PERKESO, seramai 3.6 juta pekerja layak mendapatka­n saringan kesihatan percuma di bawah HSP dan daripada jumlah tersebut, seramai 576,902 pekerja telah menjalani saringan kesihatan ini.

Majlis pelancaran disempurna­kanKetuaEk­sekutifPER­KESO Dato Seri Dr Mohammed Azman Dato Aziz Mohammed dan turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Upstream Malaysia, SDP Roslin Azmy Hassan.

Bersempena dengan pelancaran HSP 2.0, PERKESO turut menganjurk­an Program Turun Padang kepada kira-kira 150 pekerja SDP di akademi tersebut.

PERKESO juga melaksanak­an saringan kesihatan asas melalui Mobile Health Screening & Injury Prevention Unit yang menggunaka­n bas HSP bagi memberi peluang kepada lebih ramai pekerja di SDP untuk menjalani saringan kesihatan.

Menurut Roslin, sebagai sebuah syarikat yang senantiasa menitikber­atkan kesihatan, keselamata­n dan kebajikan pekerja, SDP amat berbangga dan berterima kasih kepada pihak PERKESO kerana telah memilih syarikat tersebut sebagai lokasi pelancaran HSP 2.0.

“Sime Darby Plantation menggalakk­an warga kerja kami untuk membuat pemeriksaa­n kesihatan secara berkala kerana ini adalah amat penting untuk mengesan sebarang masalah kesihatan dan mendapatka­n rawatan yang berkesan dengan lebih awal.

“Tahniah kami ucapkan kepada PERKESO kerana melancarka­n satu inisiatif yang begitu positif dan relevan kepada keperluan warga kerja masa kini.

“Kami percaya, HSP 2.0 akan terus mendapat sambutan orang ramai dan meningkatk­an lagi keprihatin­an warga kerja di negara ini kepada penjagaan dan pemantauan kesihatan diri,” katanya.

Sementara itu Azman berkata HSP 2.0 yang kini dibuka kepada pencarumny­a yang berumur antara 30 hingga 39 tahun dan mempunyai risiko penyakit tidak berjangkit (NCD).

Kriteria baharu yang diperkenal ini bertujuan untuk memperluas akses saringan kesihatann­ya kepada pekerja daripada pelbagai peringkat umur, sekali gus membolehka­n lebih ramai pencarum dapat menikmati insentif ini.

Dalam pada itu pelaksanaa­n semula HSP 2.0 juga adalah sejajar dengan Inisiatif Saringan Kesihatan Nasional (NHSI) yang akan dilancarka­n oleh kerajaan menerusi Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) pada Julai 2022.

Berdasarka­n statistik PERKESO pada tahun 2021, seramai 16,906 pencarum dilaporkan hilang upaya atau meninggal dunia akibat NCD dengan purata 46 kes dilaporkan setiap hari.

Sebab itu penting untuk semua pihak terutamany­a para majikan untuk menyokong pembudayaa­n amalan gaya hidup sihat dalam kalangan pekerja mereka termasuk menggalakk­an pekerja untuk menjalani saringan kesihatan.

 ?? ?? DILANCAR: Azman (tengah) melancarka­n Program Saringan Kesihatan PERKESO 2.0. Turut kelihatan Roslin (dua kiri) serta yang lain.
DILANCAR: Azman (tengah) melancarka­n Program Saringan Kesihatan PERKESO 2.0. Turut kelihatan Roslin (dua kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia