Utusan Borneo (Sabah)

Idris mahu siasatan terperinci isu hampir 400 bakal jemaah haji terkandas di KLIA

-

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad mahu pihak berkuasa menjalanka­n siasatan terperinci mengenai isu hampir 400 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin.

Mengambil maklum isu berkenaan, Idris berkata sekiranya terdapat sebarang unsur penipuan, pihak terbabit perlu dibawa ke muka pengadilan dan diberikan hukuman yang setimpal.

Katanya, tindakan itu sebagai pengajaran kepada semua pihak agar kes sedemikian tidak berulang lagi.

“Saya melahirkan rasa kecewa mengenai insiden yang tidak sepatutnya berlaku apatah lagi ia melibatkan urusan Rukun Islam yang perlu dipandang berat oleh semua umat Islam, termasukla­h pihak agensi yang menguruska­n jemaah haji,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kira-kira 380 bakal jemaah haji dilaporkan terkandas di KLIA kelmarin dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelanconga­n.

Bakal jemaah itu dipercayai menggunaka­n visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Tabung Haji (TH).

Dalam pada itu, Idris turut meminta rakyat Malaysia terutamany­a umat Islam agar berwaspada dan berhati-hati dalam kes sedemikian, serta mendapatka­n nasihat daripada TH walaupun menggunaka­n khidmat agensi luar untuk mengerjaka­n haji.

“Saya memohon kepada pihak yang teraniaya dan seluruh keluarga yang terlibat agar tabah dan terus mengambil peluang pada Hari Arafah untuk bermunajat dan memanjatka­n doa bagi mendapatka­n keredaan Allah, walaupun tidak dapat hadir menunaikan haji di Tanah Suci Makkah,” katanya.

Sementara itu bercakap kepada media Malaysia di Makkah, Idris berharap agar Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan (MOTAC) dapat mengambil tindakan segera terhadap agensi pelanconga­n haji dan umrah yang didapati menawarkan pakej yang mempunyai unsur penipuan.

“Tidak kira syarikat ini terkenal atau tidak, tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang terlibat dan diheret ke muka pengadilan,” katanya.

Bagi pengguna yang menjadi mangsa penipuan, Idris berkata mereka boleh membuat laporan kepada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak mudah terpengaru­h dan percaya sewenang-wenangnya dengan sebarang promosi atau pakej haji yang ditawarkan tanpa merujuk kepada TH terlebih dahulu.

“Mereka (mangsa) yang terlibat dalam hal ini Insya-Allah akan peroleh pahala sebagaiman­a tuan-tuan dan puan-puan datang juga haji kerana niat tuan-tuan dan puan-puan betul nak datang (tunaikan haji), yang berdosa pihak yang menipu. — Bernama

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia