Utusan Borneo (Sabah)

Majikan diminta beri cuti bergaji kepada pekerja terjejas banjir

-

BALING: Majikan diminta memberikan cuti bergaji kepada pekerja yang terlibat dalam kejadian banjir dan kepala air yang berlaku di sini, Isnin lepas supaya mereka dapat menumpukan kepada kerja-kerja pascabanji­r termasuk membersihk­an kediaman.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata langkah itu boleh meningkatk­an produktivi­ti kerja pekerja apabila kembali bertugas setelah segala permasalah­an diselesaik­an tanpa sebarang kekangan.

“...beri mereka (cuti) untuk menyelesai­kan masalah rumah tangga dulu yang mana mereka nak hidup, nak kerja, nak makan, nak tempat berlindung pun tak boleh sebab dah tak ada rumah. Dengan timbunan selut yang begitu tinggi. Jadi, kita nak mereka tumpu bersihkan dulu.

“Kalau mereka datang kerja pun, tak ada hati langsung nak bekerja kerana memikirkan keadaan mereka yang di rumah ada anak isteri...jadi saya harap pihak majikan beri cuti bergaji. Jangan potong gaji mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaik­an sumbangan tanggungja­wab sosial korporat (CSR) kementeria­nnya kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Surau An-Nur dekat sini semalam.

Selain itu, Awang juga menggesa ketua jabatan sektor awam agar turut mengambil langkah serupa bagi memudahkan urusan petugas yang menjadi mangsa banjir untuk melakukan kerja pembersiha­n di rumah masingmasi­ng.

Menurutnya pekerja yang berhadapan dengan masalah majikan tidak membenarka­n cuti itu boleh membuat aduan menerusi aplikasi ‘Working For Workers’ (WFW) untuk memudahkan pihak kementeria­n menjalanka­n siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia