Utusan Borneo (Sabah)

Pameran PERUPA: Menelusuri nostalgia Kampung Baru

-

KAMPUNG Baru adalah kawasan sebuah perkampung­an yang berada di tengah-tengah Metropolit­an ibu negara Kuala Lumpur.

Ditubuhkan oleh pelombong Melayu pada tahun 1900 ketika kawasan berkenaan masih mempunyai perusahan perlombong­an di sekitarnya.

Pada mulanya, ramai penduduk Melayu yang tinggal di kawasan seluas 90 lebih hektar tanah yang terletak berhampira­n menara berkembar Petronas, Kuala Lumpur yang menjadi mercu tanda Malaysia.

Kampung Baru mempunyai sejarah yang unik kerana pada mulanya ia adalah kawasan perkampung­an masyarakat Melayu yang tertua dikeliling­i oleh bangunan pencakar langit metropolit­an yang sangat sibuk dan laju pembanguna­nnya seperti Central Park, New York dan Hyde Park, London.

Uniknya Kampung Baru ini adalah di tengah-tengah kesibukan Kuala Lumpur tetapi terdapat kehidupan yang hening dan tenteram yang dipagari oleh kebisingan, hiruk-pikuk kelajuan dan kelancaran pembanguna­n di sekeliling mereka.

Namun, umpama penempatan masyarakat marhaen di kota besar seperti New York, terdapat kampung umpama ‘gheto’ yang tidak berapa maju dan masih mengekalka­n legasi.

Walaupun begitu, Kampung Baru mempunyai anak watan yang terkenal umpamanya Al Marhun Sultan Azlan Syah, Tan Sri Azman Hashim, Tan Sri Nazamuddin dan ramai lagi anak-anak dari Kampung Baru yang berjaya serta terkenal.

Walaupun tidak mempunyai kemajuan seperti tetangga mereka di Bandaraya Kuala Lumpur, kejayaan ini menepis persepsi bahawa pengaruh negatif metropolit­an membantutk­an kemajuan pendidikan penduduk Kampung Baru.

Oleh kerana penduduk Kampung Baru sangat prihatin terhadap suasana serta kehidupan perkampung­an budaya yang dikekalkan, maka beberapa usaha oleh kerajaan untuk memajukan kampung tersebut menemui jalan buntu kerana dikhuatiri akan menjejaska­n kampung tradisiona­l serta unsur kemelayuan di tengah suasana bandaraya sangat maju di Asia Tenggara.

Oleh sebab itu, selama tiga tahun pelukis-pelukis dari Persatuan Seni Rupa (PERUPA) telah membuat rakaman berterusan secara plein-air individu dan berkumpula­n, ada juga dalam studio menghasilk­an ratusan karya landskap Kampung Baru dengan menekankan kepada keindahan semula jadi pola-pola bangunan seni bina rumah Melayu tradisi yang berbagai.

Oleh kerana penduduk di kampung tersebut dan generasiny­a bertukar ganti, maka terdapat berbagai bentuk pengaruh rumah Melayu yang dibawa dari luar Selangor serta luar negara seperti rumah Minangkaba­u, Acheh, Bugis dan sebagainya, berdasarka­n pergerakan migrasi penduduk nusantara dalam rentetan sejarah.

Bukan semuanya rumah jenis tradisi yang masih berbahanka­n kayu, namun sudah banyak rumah tradisi di Kampung Baru yang ditukarkan kepada seni bina moden.

Atas kesedaran tersebut, PERUPA telah membuat satu program merakamkan keindahan landskap serta seni bina rumah Melayu yang unik terdapat di Kampung Baru berlatarbe­lakangkan pencakar langit yang kini menelan perkampung­an Melayu yang kerdil lagaknya.

Hasil daripada usaha ahli PERUPA, satu pameran telah diadakan di Galeri Seni Graha Cipta bangunan GGMB Mall di Jalan Pudu Kuala Lumpur pada 3 Julai 2022.

Perasmian pameran telah disempurna­kan oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Pembanguna­n Kampung Baru. Sebanyak 50 buah karya telah diperagaka­n dari 15 pelukis PERUPA yang mengambil bahagian dalam pameran yang sungguh bersejarah.

Antara pelukis catan air tersohor seperti Jamal Tommy, Hisham Salmin, Abey Zoul, Riyzal Misran dan ramai lagi.

Karya kebanyakan­nya adalah dalam media catan air menggambar­kan seni bina rumah kampung yang masih ada pada hari ini kukuh dan terpelihar­a terdapat di Kampung Baru.

Lukisan dari 15 pelukis ini dengan setiap pelukis membawakan kelainan dari aspek keterampil­an, gaya, teknik dan hal benda yang membuatkan setiap karya tersebut unik dan seharusnya menjadi milik peminat serta pengumpul seni.

Di samping itu, untuk memudahkan para peminat, setiap karya boleh dimiliki kerana kebanyakan karya dijual dengan harga di antara RM300 sehingga RM500 sahaja.

Ini adalah satu peluang bagi peminat lukisan serta pengumpul bagi mengumpul karya yang rata-ratanya sangat berkualiti.

Tokoh pelukis Jamal Tommy, seorang pelukis yang tersohor dalam kalangan pengamal catan air di tanah air. Beliau mempunyai pengalaman luas dan memiliki studio di Central Market, pengumpul beliau terdiri dari dalam dan luar negara.

Beliau juga berkarya dalam berbagai media seperti akrilik dan cat minyak, Tommy juga sangat minat membuat lukisan secara di luar studio atau plein-air. Antara yang diminati adalah pemandanga­n kampung dan juga potret.

Pelukis yang kedua dianggap mempunyai sentuhan keramat ala Alvaro Castaganet dan Joseph Zbukvic pelukis catan air tesohor dunia ketika ini. Dengan pendekatan teknik basah atas basah yang agak susah untuk dikuasai, Abey Zoul menghasilk­an karya yang terbaik.

Oleh sebab itu, beliau banyak menerbitka­n buku berkaitan kaedah melukis catan air berdasarka­n penerokaan.

Bekas pelukis di syarikat arkitek, beliau berkecimpu­ng dalam minatnya dengan menubuhkan kumpulan Gangsta Watakala yang sinonim dengan gangster water color memandangk­an bahawa catan air tidak dianggap sebagai * media arus perdana dan sentiasa dianggap remeh oleh sesetengah masyarakat serta dalam kalangan pelukis.

Kini beliau serta temanteman­nya telah berada di bawah naungan PERUPA bagi mendapatka­n semangat yang lebih bebas.

Jika diamati, setiap pelukis yang mengambil bahagian dalam pameran Kampung Baru menunjukka­n sikap profesiona­l kerana kebanyakan mereka adalah lepasan Institut Pengajian Tinggi tempatan dan juga luar negara.

Ini membuktika­n bahawa media catan air bukanlah senang untuk dikuasai, sejak dahulu lagi di England, catan air telah mendapat tempat istimewa dalam tradisi seni lukis Eropah.

Misalnya tokoh catan air seperti JWW Turner dan Constable menyerlah dan mendapat sambutan tinggi dari masyarakat ketika itu.

Di Amerika pula, beberapa tokoh utama pelukis catan air saperti Andrew Wyeth, Homer, Edward Hopper, Morris dan John Singer Sargent telah membuktika­n bahawa seni catan air berupaya menjadi media yang mampu bersaing dengan media arus perdana catan minyak.

Oleh sebab itu, di samping menitikber­atkan perihal nostalgia Kampung Baru sebagai simbol benteng pertahanan terakhir legasi budaya masyarakat Melayu dari serangan kemodenan Metropolit­an Kuala Lumpur.

Catan air juga mengimbau media yang digunakan oleh pelukis perintis Malaya seperti Idris Salam, Hossein Enas, Abdullah Ariff dan Yong Mun Seng ketika mereka merakamkan keindahan Malaysia sebelum merdeka.

Justeru itu, pelukis PERUPA telah berjaya mengangkat catan air sebagai konsep menanamkan semangat patriotik melalui naratif estatika dan puitis.

Semoga ramai lagi kumpulan pelukis yang akan mengangkat sejarah negara seperti mana yang dilakukan oleh media seni lain umpama filem Mat Kilau kini hangat diperkatak­an oleh warga Malaysia.

Justeru itu, seni sentiasa mendamping­i manusia dan kehidupan mereka setiap zaman.

 ?? ?? KARYA Jamal Tommy.
KARYA Jamal Tommy.
 ?? ?? KARYA Hisham Salmin.
KARYA Hisham Salmin.
 ?? ?? KARYA Mohd Fahmi.
KARYA Mohd Fahmi.
 ?? ?? ANTARA karya yang dipamerkan.
ANTARA karya yang dipamerkan.
 ?? ??
 ?? ?? GALERI Pameran PERUPA Bangunan GGMB Mall Jalan Pudu, Kuala Lumpur.
GALERI Pameran PERUPA Bangunan GGMB Mall Jalan Pudu, Kuala Lumpur.
 ?? ?? PARA pelukis PERUPA yang mengambil bahagian bersama kenamaan.
PARA pelukis PERUPA yang mengambil bahagian bersama kenamaan.
 ?? ?? POSTER Pameran Kampung Baru oleh PERUPA.
POSTER Pameran Kampung Baru oleh PERUPA.
 ?? ?? KALID Osman dan Jamal Tommy.
KALID Osman dan Jamal Tommy.
 ?? ?? PELUKIS tersohor Abey Zoul.
PELUKIS tersohor Abey Zoul.
 ?? ?? PELUKIS Hisham Salmin.
PELUKIS Hisham Salmin.
 ?? ?? KARYA Bahari Bachok.
KARYA Bahari Bachok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia