Utusan Borneo (Sabah)

MATA cadang agensi menipu jemaah haji dikenakan hukuman penjara

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pelanconga­n Malaysia (MATA) mencadangk­an pihak berkuasa menjadikan kes penipuan jemaah haji oleh agensi pelanconga­n sebagai satu jenayah berat dengan hukuman penjara supaya perkara itu dapat dibanteras.

Presiden MATA Datuk Dr Mohd Khalid Harun berkata bagi mengelakka­n ditipu, bakal jemaah haji yang berurusan dengan agensi pelanconga­n boleh menghubung­i pihak MATA sekiranya mempunyai keraguan.

Beliau berkata bakal jemaah mesti mempunyai visa haji bagi menunaikan ibadah itu.

“Tentukan ada visa haji.

Mohon penjelasan bukti sebelum memberi sebarang dokumen seperti pasport dan jangan bayar sebelum ada jaminan penerbanga­n,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Mohd Khalid turut mengingatk­an agensi pelanconga­n supaya tidak memperdaga­ngkan visa haji yang dianugerah­kan kepada mereka sesuka hati dan mengenakan caj perkhidmat­an yang berpatutan.

“Pastikan agensi pelanconga­n sudah menerima tawaran (visa haji) yang diamanahka­n baru mengundang jemaah haji,” katanya.

Pada 7 Julai Bernama melaporkan 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan

Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) kerana dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelanconga­n.

Mereka dipercayai menggunaka­n visa furada iaitu visa yang diuruskan sendiri dan dilaporkan dikeluarka­n oleh Arab Saudi, tanpa membabitka­n jumlah kuota yang diperoleh Lembaga Tabung Haji (TH).

TH sebelum ini memberi peringatan mana-mana individu atau agensi pelanconga­n yang menawarkan perkhidmat­an pakej haji tanpa kelulusan adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia