Utusan Borneo (Sabah)

SAFA, TABS SAFA Bandaraya hulurkan sumbangan

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) dan TABS SAFA Bandaraya menghulurk­an sumbangan wang tunai kepada jurulatih Roslan Wasli yang mana rumahnya terlibat dalam satu kebakaran di Kampung Contoh, Petagas baru-baru ini.

Setiausaha Eksekutif SAFA, David Wisom menyerahka­n sumbangan itu kepada Roslan yang juga penolong ketua jurulatih TABS SAFA Bandaraya pagi Sabtu.

Manakala Timbalan Pengerusi TABS, Lokman Sunggim mewakili pengurusan TABS menyerahka­n sumbangan itu kepada jurulatih berkenaan.

Turut menghulurk­an sumbangan ialah SAFA Bandaraya Kota Kinabalu yang disampaika­n oleh Timbalan

Pengerusin­ya, Othman Abdullah kemudian.

David berkata, sumbangan SAFA itu bagi membantu meringanka­n bebanan Roslan sekeluarga akibat musibah yang berlaku.

Katanya, SAFA bersimpati dengan musibah yang menimpa jurulatih itu dan keluargany­a dan berharap mereka bersabar dengan dugaan yang dihadapi.

Ketika ini, Roslan dan keluargany­a sedang merancang untuk membina semula rumah di tapak berkenaan.

Lokman yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Pertanding­an Tempatan SAFA pula berharap dengan sumbangan itu sedikit sebanyak banyak dapat membantu jurulatih berkenaan untuk membina semula rumahnya di kawasan berkenaan.

“Kita sangat bersimpati dengan musibah menimpa

Roslan sekeluarga kerana dia merupakan seorang jurulatih yang aktif dalam bola sepak di Sabah malah pernah menjadi jurulatih skuad B19 Sabah pada 2021 dan juga penolong jurulatih skuad tersebut sebelum itu,” katanya.

Sementarai­tu,Roslanketi­ka ditemui di sini mengucapka­n terima kasih kepada SAFA dan TABS SAFA Bandaraya serta semua penyumbang yang menghulurk­an sumbangan kepada mereka selepas kejadian tersebut.

“Kami sekelurga sangat menghargai bantuan semua penyumbang dan mengucapka­n terima kasih kepada mereka,” katanya.

Pada majlis itu, Setiausaha Eksekutif SAFA juga menyampaik­an sumbangan bola kepada TABS SAFA Bandaraya yang diterima Lokman mewakili pengurusan tertinggi TABS.

 ?? ?? SAMPAIKAN: David (enam kanan) menyerah sumbangan SAFA kepada Roslan.
SAMPAIKAN: David (enam kanan) menyerah sumbangan SAFA kepada Roslan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia