Utusan Borneo (Sabah)

Willie tidak pernah mohon menyertai semula PKR

-

KUCHING: Ketua Penerangan dan Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Abun Sui Anyit berkata, Datuk Willie Mongin tidak pernah memohon untuk menyertai semula parti itu.

Justeru ujarnya, isu sama ada PKR akan mengambil semula Willie menyertai parti tersebut seharusnya tidak timbul atau dibangkitk­an.

Abun menambah, ketika ini beliau hanya boleh memberi maklum balas mengenai isu tersebut sekiranya Willie telah mengemukak­an permohonan menyertai semula parti tersebut.

Katanyalag­i,malahsekir­anya Willie yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Puncak Borneo memohon semula untuk menyertai PKR, sentimen di peringkat akar umbi merupakan jawapan kepada isu tersebut.

“Sebagai Ketua Penerangan dan Komunikasi, saya percaya maklum balas (daripada mereka) negatif.

“Tambahan lagi, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan membuat keputusan sama ada akan mengambil beliau (Willie) menyertai parti itu atau tidak, kerana beliau sudah memohon menyertai PBB,” katanya ketika dihubungi

The Borneo Post semalam.

Abun berkata demikian ketika ditanya sama ada PKR akan mengambil semula Willie untuk mempertaha­nkan Puncak Borneo pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) menggunaka­n tiket PKR.

Willie yang merupakan Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi memenangi kerusi Parlimen Puncak Borneo pada PRU14 sebagai calon PKR dengan memperoleh 18,885 undi dan undi majoriti 4,005.

Beliau mengalahka­n calon Barisan Nasional (ketika itu) Genot Sinel yang mendapat 14,860 undi dan calon ASPIRASI (Parti Aspirasi Anak Sarawak) Buln Ribos yang hanya memperoleh 795 undi.

Menurut Abun lagi, PKR sudah tentu akan meletakkan calonnya bertanding di Puncak Borneo pada PRU15 kelak bagi merampas semula kerusi itu.

Beliau berkata parti itu sentiasa ‘bersedia’ di Puncak Borneo sejak Willie meninggalk­an parti itu dan menyertai Perikatan Nasional (PN).

PKR katanya, telah menyenarai pendek beberapa nama yang berpotensi untuk bertanding di Puncak Borneo

dan kesemua mereka merupakan golongan profesiona­l.

“Siapapun mereka, caloncalon kita di Sarawak termasuk untuk Puncak Borneo telah mula berkempen sejak beberapa tahun lalu kerana kami menjangka Parlimen akan dibubar bersama DUN Sarawak yang lalu.

Abun enggan menyatakan sebarangan nama untuk dipertaruh­kan di Puncak Borneo pada PRU15 kelak namun seorang bekas pegawai kerajaan yang memilih bersara awal kerana mahu melibatkan diri dalam politik sepenuh masa, ketika ini hangat diperkatak­an akan bertanding dan meneruskan perjuangan PKR dan Pakatan Harapan (PH) di situ.

Bagi PBB pula, sudah tentu parti itu akan memberi pertarunga­n sebaiknya untuk memenangi semula Puncak Borneo.

Parlimen Puncak Borneo sebelum ini merupakan kubu kuat PBB di bawah mendiang Datuk Seri Dr James Dawos sebelum kerusi itu dirampas Willie pada PRN14 pada 2018 menggunaka­n tiket PKR.

Parlimen Malaysia ke-14 secara automatik bubar 16 Julai 2023.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia