Utusan Borneo (Sabah)

Harapan Rakyat terima pelawaan pengundi luar Tawau

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), Rina Jainal mengesahka­n menerima pelawaan daripada pengundi luar daerah untuk mengembang­kan parti itu.

Katanya, rakyat di negeri ini sudah mula melihat gerak kerja Harapan Rakyat dan memberi sokongan sekiranya parti ini dapat dibawa ke daerah lain.

“Saya juga didatangi oleh beberapa pihak dari luar daerah Tawau supaya parti ini dapat diperkenal­kan di kawasan mereka.

“Bagaimanap­un, buat masa ini, kami perlu kukuhkan dan memberi fokus di kawasan Tawau dan Kalabakan terlebih dahulu sebelum meneruskan perjuangan parti ke seluruh pantai timur Sabah,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan berkata demikian ketika merasmikan Program Korban Perdana Kukusan yang dihadiri lebih 1,000 orang, di sini semalam.

Tambahnya, selepas kawasan Tawau dan Kalabakan sudah kukuh serta mendapat sokongan yang ramai, sudah pasti Harapan Rakyat akan melebarkan sayap ke seluruh kawasan pantai timur Sabah.

Menurutnya, Harapan Rakyat akan terus memberikan dan menyebarka­n perkhidmat­an yang terbaik kepada masyarakat berbanding banyak bercakap soal politik.

“Bagi saya rakyat sudah lebih bijak menilai dan mentafsir keikhlasan dan kesungguha­n wakil rakyat dalam membela kebajikan mereka.

“Kehadiran saya dalam Harapan Rakyat juga diharapkan dapat sokongan yang padu daripada ahli-ahli di seluruh Tawau dan Kalabakan,” katanya.

Menyentuh mengenai program ini, katanya, sebanyak 10 ekor lembu berjaya dikorbanka­n untuk diagihkan kepada golongan asnaf di kawasan Kukusan dan petugas barisan hadapan di daerah ini.

“Kita telah mendapat tajaan lima ekor lembu daripada Kumpulan Sawit Kinabalu, manakala lima lagi inisiatif parti dan Pejabat DUN Kukusan.

“Saya bersyukur kerana agensi kerajaan, enam buah masjid, pasukan keselamata­n dan badan bukan kerajaan (NGO) bersama-sama menjayakan program ini,” katanya.

Rina berkata, sumbangan Kumpulan Sawit Kinabalu yang merupakan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) menandakan sokongan Ketua Menteri kepada Parti Harapan Rakyat.

“Saya percaya ini adalah satu permulaan yang baik kepada lebih banyak kerjasama bersama kerajaan negeri ke arah kesejahter­aan pembanguna­n mukim Kukusan.

“Saya berharap menerusi kerjasama ini juga dapat menjawab segala keraguan dan spekulasi khususnya dalam agensi kerajaan yang masih belum pasti status Harapan Rakyat sebagai mesra kerajaan,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM), Datuk Hamisa Samat.

 ?? ?? SIMBOLIK: Rina (tiga kiri) menyampaik­an daging korban kepada wakil masjid untuk diagihkan kepada golongan asnaf.
SIMBOLIK: Rina (tiga kiri) menyampaik­an daging korban kepada wakil masjid untuk diagihkan kepada golongan asnaf.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia