Utusan Borneo (Sabah)

Bung mampu bantu realisasi hak Sabah, Sarawak dalam MA63

-

KOTA BELUD: Ketua Perhubunga­n UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin mampu membantu merealisas­ikan hak Sabah Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ahli Majlis Tertinggi Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Awang Saleh Makmud berkata, pihaknya yakin dengan apa yang dijanjikan UMNO untuk melaksanak­an perjanjian itu 100 peratus ketika pilihan raya kecil (PRK) Kimanis pada 2020.

Ketua Bahagian STAR Pintasan ini berkata, kemampuan Bung adalah berdasarka­n kapasiti parti itu dalam kerajaan Persekutua­n di samping rakyat Sabah memberikan kemenangan kepada UMNO dalam PRK Kimanis.

“Sekarang masanya bagi UMNO sebagai peneraju kerajaan Persekutua­n untuk menunaikan hak Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung dalam MA63.

“Rakyat memberi sokongan kepada tuntutan hak Sabah dan Sarawak dalam MA63 dan Bung mampu menggesa kerajaan Persekutua­n menunaikan apa yang dijanjikan parti itu kepada rakyat Sabah,” katanya.

Awang yang juga Pengerusi Biro Perpaduan dan Integrasi STAR mengulas reaksi Bung ke atas MA63 ketika Konvensyen Barisan Nasional (BN) Sabah selepas menghadiri Majlis Kaamatan di sini.

Beliau berkata, perjuangan MA63 adalah cetusan idealisme Pemimpin STAR Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan yang kini diterima pakai sebagai asas perjuangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Majlis berkenaan dirasmikan Timbalan Pengerusi Safoda yang juga Penolong Setiausaha Agung STAR dan Bendahari GRS Ardino Diris. Hadir sama Ketua Bahagian STAR Tempasuk Suwah Buleh dan Timbalan Ketua Bahagian STAR Kadamaian Marcus Labit.

 ?? ?? SAMBUTAN: Awang Saleh bersama Ardino (kanan) menyampaik­an hadiah kepada pemenang pertanding­an tarik tali pada majlis itu.
SAMBUTAN: Awang Saleh bersama Ardino (kanan) menyampaik­an hadiah kepada pemenang pertanding­an tarik tali pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia