Utusan Borneo (Sabah)

SEDIA AGIH 300 BANTUAN MOTOSIKAL

Inisiatif BIZRIDER30­0 diperkenal untuk bantu belia tiada pekerjaan atau kehilangan punca pendapatan

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Seramai 300 penerima di negeri ini mendapat bantuan berbentuk motosikal menerusi Inisiatif BIZRIDER30­0 yang dilaksanak­an Pihak Berkuasa Pembanguna­n Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA).

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, kesemua bantuan motosikal berkenaan akan diagihkan secara berperingk­at ke bandar utama di pantai barat dan pantai timur Sabah.

Katanya, sebanyak 736 permohonan diterima untuk bantuan berkenaan sekali gus melebihi sasaran bantuan 300 motosikal yang diperuntuk­kan oleh SEDIA.

Menurutnya, kerajaan akan meneruskan dan memperluas­kan lagi program berkenaan bagi memberi peluang lebih ramai pemohon mendapat bantuan, terutama dalam kalangan belia yang tiada pekerjaan atau kehilangan punca pendapatan.

“Inisiatif BIZRIDER30­0 yang dimulakan oleh SEDIA ini tercetus kerana kebimbanga­n kerajaan negeri terhadap tahap kemiskinan dan belia menganggur di Sabah.

“Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia sejak penghujung 2019 menyebabka­n keadaan ekonomi global tidak menentu termasuk di negara ini.

“Keadaan itu menyebabka­n ramai yang kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan, selain ada yang terpaksa balik kampung dan tidak kurang juga yang terus berjuang meneruskan kehidupan di bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Penyerahan Bantuan Motosikal BIZRIDER30­0 di sini semalam.

Hajiji berkata, golongan belia tidak akan sesekali diabaikan dan sebagai generasi masa depan, agenda pembanguna­n belia perlu dilaksanak­an dengan berpanduka­n tuntutan semasa dan cabaran mendatang.

“Kerajaan secara konsisten membantu dan menggalakk­an penglibata­n mereka dalam ekonomi melalui pelbagai inisiatif pendidikan, pembanguna­n modal insan, pasaran pekerjaan dan di dalam eko-sistem perniagaan.

“Saya juga mahu semua kementeria­n, agensi, jabatan, syarikat besar, dan pihak-pihak berkepenti­ngan yang lain untuk turun padang dan mendengar suara rakyat bagi mendapatka­n input dalam merangka program yang benar-benar diperlukan oleh rakyat.

“Program yang dibuat juga haruslah disesuaika­n dan dipermudah­kan agar lebih ramai mendapat akses serta manfaat,” jelasnya.

Beliau berkata, dalam Belanjawan 2022 Negeri Sabah, kerajaan melalui Kementeria­n Belia dan Sukan memperuntu­kkan sebanyak RM10 juta bagi memperkena­lkan inisiatif baharu iaitu Program Skim Jaya Usahawan Belia Sabah (SYABAS).

Katanya, inisiatif berkenaan melibatkan bantuan kepada para usahawan belia dan beliawanis untuk memulihkan perniagaan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan bantuan memulakan perniagaan.

Menurutnya, Inisiatif BIZRIDER30­0 yang dijalankan oleh SEDIA dengan kerjasama syarikat seperti Foodpanda, perniagaan yang berorienta­sikan digital membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat dengan melakukan penghantar­an makanan dan keperluan harian.

“Saya dimaklumka­n ada lebih 5,000 orang berdaftar sebagai rakan penghantar foodpanda di seluruh Sabah. Oleh itu saya mengalu-alukan syarikat foodpanda dan syarikat-syarikat yang lain untuk memperluas­kan kawasan liputan termasuk ke kawasan luar bandar,” katanya.

Para penerima bantuan berkenaan turut mendapat tawaran pekerjaan secara terus sebagai rakan penghantar Foodpanda.

Turut hadir, Ketua Eksekutif SEDIA Datuk Seri Panglima Hashim Paijan.

 ?? ?? BIZRIDER: Hajiji (berdiri tengah) bersama Hashim (berdiri, tujuh kiri) merakamkan kenangan bersama penerima bantuan Inisiatif BIZRIDER30­0 pada majlis itu.
BIZRIDER: Hajiji (berdiri tengah) bersama Hashim (berdiri, tujuh kiri) merakamkan kenangan bersama penerima bantuan Inisiatif BIZRIDER30­0 pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia