Utusan Borneo (Sabah)

Anggota agensi penguat kuasa terima rasuah RM1,500

- Oleh Vivi Olviana Najurus Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Seorang anggota agensi penguat kuasa didakwa di Mahkamah Khas Rasuah di sini atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM1,500.

Tertuduh, Jazul Abdullah, 35 bagaimanap­un tidak mengaku bersalah selepas dibacakan semua pertuduhan pada prosiding di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, tertuduh menerima suapan terbabit pada 17 Mac 2021 pada jam 7.30 petang di Alamesra, di sini.

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bakal mencipta sejarah dunia dengan mewujudkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gunung Kinabalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata balai terbabit bakal menjadi balai bomba tertinggi di dunia berikutan dibina di lokasi paling tinggi di dunia.

“Setakat ini proses pembinaan balai bomba berkenaan masih di peringkat dokumentas­i dan beberapa perkara yang perlu diteliti sebelum memulakan proses pembinaan berikutan ianya dibina di kawasan Warisan Dunia.

“Saya difahamkan peruntukan untuk membina balai bomba di kawasan Gunting Lagadan Hut, Gunung Kinabalu itu sudah tersedia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Majlis Perbarisan Pertauliah­an Sijil Sains Kebombaan Siri 1/2022 di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu di sini semalam.

Dalam pada itu, seramai 148 orang pegawai bomba ditauliahk­an selepas tamat Sijil Sains Kebombaan siri 01/2022.

Masidi berkata BBP ini akan menjadi pusat operasi Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) dan dibina pada ketinggian lebih 3,382 meter dari paras laut.

“Apabila siap dibina kelak, BBP ini akan memudahkan pasukan MOSAR yang kini berpusat di BBP Ranau dalam menjalanka­n operasi sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini di Gunung Kinabalu,” katanya.

Tertuduh yang ketika itu sebagai kakitangan kerajaan memperoleh rasuah itu sebaga balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap bot dan pengadu yang mempunyai lesen bot tamat tempoh.

Untuk kesalahan itu, tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) Akta sama.

Mahkamah kemudian memberikan ikat jamin sebanyak RM8,000 dengan bayaran deposit sebanyak RM3,000 dan seorang penjamin tempatan.

Tertuduh juga dikehendak­i menyerahka­n pasportnya kepada pihak mahkamah dan diarahkan melapor diri setiap dua bulan sekali di Pejabat SPRM di sini serta tidak dibenarkan mengganggu saksi sebelum atau ketika perbicaraa­n kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia