Utusan Borneo (Sabah)

Kelewatan penghantar­an punca kekurangan bekalan gula

-

LABUAN: Kekurangan bekalan gula di pulau bebas cukai kini disebabkan oleh kelewatan penghantar­an dan kurang bekalan barang keperluan itu bagi memenuhi permintaan tempatan.

Berikutan itu, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan

Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutua­n Labuan mengingatk­an pengguna dan peniaga tentang kemungkina­n masalah itu bertambah teruk, ketika agensi itu berusaha mengawal peningkata­n harga gula secara ‘senyap’, selain berdepan dengan kenaikan kos makanan.

Pengarahny­a, Junaidah Arbain, berkata walaupun pemborong di sini sentiasa mengimport gula pada jumlah maksimum bagi memenuhi permintaan penduduk tempatan, namun sering kali bekalan yang diterima kurang daripada kuantiti yang diminta.

Beliau berkata KPDNHEP telah meluluskan lesen sembilan pemborong untuk mengimport gula ke pulau itu daripada dua pembekal utama di Semenanjun­g iaitu Central Sugars Refinery (CSR) Shah Alam, Selangor dan Malayan Sugar Refinery (MSM) Perlis serta Johor.

Labuan mengalami kekurangan bekalan gula sejak tahun lepas dengan peniaga, pasar raya dan pasar raya besar telah diingatkan supaya mengawal dalam pembelian gula.

Junaidah berkata pulau bebas cukai itu memerlukan sekurang-kurangnya 120 tan metrik gula sebulan untuk keperluan kira-kira 110,000 pendudukny­a, bagaimanap­un bekalan bulanan diterima daripada dua pembekal berkenaan tidak mencukupi dan diburukkan lagi dengan kelewatan penghantar­an import gula.

Menurutnya kapasiti tempat penyimpana­n gula di sembilan kedai pemborong tidak digunakan sepenuhnya disebabkan kekurangan bekalan daripada pembekal.

“Bagi mengatasi kesan kekurangan yang teruk ini, kami membenarka­n pemborong mendapatka­n bekalan dari Sabah bagi memenuhi permintaan domestik yang meningkat,” katanya.

Beliau berkata empat kedai pemborong mampu memuatkan 100 tan metrik gula, manakala yang lain antara 10 dan 50 tan metrik.

Junaidah turut mengingatk­an pengguna supaya mengehadka­n dan mengelakka­n pembelian panik, selain pada masa sama meminta peniaga tidak menyorokka­n bekalan gula menyebabka­n berlaku kekurangan yang tidak sepatutnya.

Sementara itu, seorang peniaga Maimunah Osman, 48, berkata gangguan bekalan gula seperti tidak dapat dikawal sehingga menyebabka­n mereka dalam keadaan hampir kehabisan barang tersebut.

“Saya terpaksa menghentik­an operasi perniagaan beberapa hari kerana tidak mendapat bekalan gula yang mencukupi untuk perniagaan kek saya,” katanya. — Bernama

 ?? ?? JAMIN: Tertuduh semasa membayar wang jaminan di Mahkamah Kota Kinabalu.
JAMIN: Tertuduh semasa membayar wang jaminan di Mahkamah Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia