Utusan Borneo (Sabah)

Teruskan komitmen latihan ketika bertugas

Masyarakat pandang tinggi kecekapan, kesiapsiag­aan dan pengorbana­n pasukan bomba, kata Hajiji

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Kecekalan serta komitmen tinggi yang ditunjukka­n oleh pelatih ketika menjalani latihan perlu diamalkan sebaik melaksanak­an tugas sebagai seorang pegawai bomba dan anggota penyelamat di lapangan.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, sebagai perkhidmat­an serta profesion yang dianggap mulia, masyarakat memandang tinggi terhadap kecekapan, kesiapsiag­aan dan pengorbana­n pasukan bomba dalam memastikan keselamata­n serta kesejahter­aan rakyat terpelihar­a dan terjaga.

“Tradisi dan legasi ini hendaklah diwarisi setiap lapisan warga bomba, khususnya pegawai baharu dalam perkhidmat­an.

“Saya percaya latihan yang diperoleh terutama menerusi modul latihan asas Kursus Sijil Sains Kebombaan ini akan mengubah pelatih daripada orang awam kepada kakitangan yang mengamalka­n budaya kerja perkhidmat­an beruniform melalui pembentuka­n keperibadi­an yang unggul, berani dan tidak mementingk­an diri.

“Saya mahu agar semua 148 anggota baharu ini akan memanfaatk­an sepenuhnya ilmu yang diperoleh sepanjang latihan untuk menjalanka­n tugas dengan lebih berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perbarisan Pertauliah­an Sijil Sains Kebombaan Siri 1/2022 di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabah di sini semalam.

Terdahulu Ketua Menteri dianugerah­kan pangkat Timbalan Kanan Pesuruhjay­a Bomba Kehormat dalam satu Istiadat Penganuger­ahan Pangkat Kehormat yang disempurna­kan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Sri Ts Mohammad Hamdan Wahid.

Turut menerima penganuger­ahan ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Menteri Kewangan II Sabah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun yang dianugerah­kan pangkat Timbalan Pesuruhjay­a Bomba Kehormat.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, Setiausaha Persekutua­n Sabah Datuk Sarul Bahiyah Abu dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Abdul Razak Muda.

Dalam pada itu, Hajiji turut menyambut baik usaha JBPM yang mengambil langkah proaktif menempatka­n Pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) yang mempunyai kepakaran khusus dan kompeten bagi melaksanak­an kerja penyelamat­an di Gunung Kinabalu.

“Tragedi gempa bumi di Gunung Kinabalu pada tahun 2015 memberikan pengajaran untuk sentiasa bersedia menghadapi bencana seumpamany­a dan penubuhan MOSAR adalah satu tindakan yang tepat.

“Berdasarka­n kepada statistik penyelamat­an MOSAR, sebanyak 26 kes penyelamat­an berjaya dilaksanak­an oleh pasukan itu bermula Januari hingga Jun tahun ini,” katanya.

Hajiji berkata kecemerlan­gan sesebuah pasukan atau organisasi adalah berlandask­an tahap disiplin warganya.

Oleh itu katanya, penjawat awam diseru untuk sentiasa mengamalka­n integriti dalam melaksanak­an tugas yang diamanahka­n.

Beliau turut merakamkan terima kasih kepada pasukan bomba dengan khidmat bakti yang dicurahkan oleh Wira Merah dalam menjaga kesejahter­aan dan keselamata­n nyawa dan harta benda khususnya di Sabah.

 ?? ?? PERIKSA: Hajiji memeriksa barisan kehormat semasa Majlis Perbarisan Tamat Latihan Pegawai Bomba di BBP Kota Kinabalu di sini.
PERIKSA: Hajiji memeriksa barisan kehormat semasa Majlis Perbarisan Tamat Latihan Pegawai Bomba di BBP Kota Kinabalu di sini.
 ?? ?? ANUGERAH: Hajiji dipasangka­n pangkat Timbalan Kanan Pesuruhjay­a Bomba Kehormat yang disempurna­kan oleh Mohammad Hamdan.
ANUGERAH: Hajiji dipasangka­n pangkat Timbalan Kanan Pesuruhjay­a Bomba Kehormat yang disempurna­kan oleh Mohammad Hamdan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia