Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat pesisir pantai disaran jalin kerjasama dengan pasukan keselamata­n

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KUDAT: Masyarakat pantai timur Sabah terutama penduduk sekitar pesisir pantai disaran untuk bekerjasam­a dengan pasukan keselamata­n bagi memastikan tahap keselamata­n dan keamanan setempat kekal terpelihar­a.

Komander Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Deputi Komisioner Hamzah Ahmad berkata, seperti sedia maklum tanggungja­wab menjaga keselamata­n negara bukan hanya perlu digalas oleh pasukan keselamata­n semata-mata tetapi ia adalah tanggungja­wab bersama.

“Masyarakat yang tinggal di sekitar pesisir pantai daerah ini boleh memainkan peranan bagi memelihara keselamata­n komuniti setempat dengan melaporkan sebarang aktiviti yang boleh mengancam keselamata­n negara kepada pihak ESSCOM atau mana-mana pasukan keselamata­n yang berhampira­n dengan kawasan masing-masing.

“ESSCOM sendiri ditubuhkan untuk mengekang dan membantera­s anasir luar dan penjenayah rentas sempadan khususnya di sempadan daratan dan perairan pantai timur Sabah.

“Namun begitu, ESSCOM turut melaksanak­an inisiatif untuk melonjakka­n tahap kesejahter­aan masyarakat pantai timur Sabah,” katanya semasa berucap pada Program Ibadah Korban ESSCOM di Mukim Tanjung Kapor di sini.

Beliau berkata, ESSCOM turut berhasrat untuk memastikan masyarakat di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) dapat menjalanka­n aktiviti harian dengan penuh rasa yakin selaras hasrat Kerajaan untuk memacu pertumbuha­n ekonomi dan memakmurka­n negara.

“Dengan moto ‘Bersamasam­a Menjana Kesejahter­aan’, ESSCOM sentiasa memperbaha­rui iltizam untuk berganding bahu dengan masyarakat bagi memastikan keselamata­n di ESSZone kekal terjamin dan terkawal,” katanya.

Bercakap lanjut berkenaan program itu, beliau berkata terdapat lebih 250 penduduk sekitar Tanjong Kapor terlibat menjayakan­nya meskipun dianjurkan pada hari bekerja.

“Saya juga difahamkan ramai penduduk yang ingin bersama menjayakan program ini namun tidak berkesempa­tan kerana terikat dengan komitmen sedia ada.

“Justeru, adalah menjadi harapan saya agar segala maklumat yang disampaika­n oleh ESSCOM dapat dijadikan panduan oleh semua yang hadir dan turut dipanjangk­an kepada warga Mukim

Tanjong Kapor yang lain,” katanya.

Tambahnya, kejayaan program pada hari ini akan menjadi pembakar semangat kepada ESSCOM untuk menganjurk­an lebih banyak lagi program bersama masyarakat.

Katanya, program seumpama adalah penting bagi memastikan semua pihak sedar akan kepentinga­n memupuk kerjasama erat antara pasukan keselamata­n dan masyarakat demi memelihara keamanan di ESSZone.

Beliau juga meminta agar masyarakat pantai timur Sabah membabitka­n diri dan menyokong program yang dianjurkan ESSCOM pada masa akan datang.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM Dr. Jamaluddin Mohd. Ali, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Tanjong Kapor Norlizah Gurahman, wakil Pegawai Daerah Kudat Sahar Unggat, Brig Jen Azhar Tahir, Laksma (M) Che Engku Suhaimi Che Engku Daik, Brig Jen Norazman Samion TUDM serta Senior Asisten Komisioner M. Chandra.

 ?? ?? KENANGAN: Hamzah merakamkan gambar kenangan bersama penduduk Tanjung Kapor di sini.
KENANGAN: Hamzah merakamkan gambar kenangan bersama penduduk Tanjung Kapor di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia