Utusan Borneo (Sabah)

Sabah giat tingkat bilangan penerbanga­n antarabang­sa

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Pembukaan semula laluan penerbanga­n Busan-Kota Kinabalu bakal meningkatk­an lagi kadar kekerapan penerbanga­n terus dari Korea Selatan ke negeri ini.

Pada 13 Julai lepas, syarikat penerbanga­n Air Busan melancarka­n semula penerbanga­n laluan Busan-Kota Kinabalu yang membawa seramai 220 penumpang ke negeri ini.

Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) Datuk Joniston Bangkuai berkata, buat masa ini, Air Busan akan mengendali­kan dua penerbanga­n mingguan antara Busan dan Kota Kinabalu.

Katanya, dengan laluan baharu itu, Sabah dijangka dapat menambah bilangan penerbanga­n antarabang­sa sekali gus menjadikan negeri ini sebagai destinasi yang lebih mudah diakses.

Menurutnya, peningkata­n kekerapan penerbanga­n terus antarabang­sa menunjukka­n terdapat permintaan yang ketara untuk perjalanan ke Sabah, serta minat syarikat penerbanga­n di laluan Kota Kinabalu.

“Kerajaan tentunya mempertimb­angkan untuk memperluas­kan penerbanga­n terus dan mungkin menyambung semula laluan yang sebelum ini dihentikan sementara antaranya penerbanga­n dari negara Jepun, Indonesia, Taiwan, dan China.

“Atas sebab ini, kita mesti terus berhubung dengan syarikat penerbanga­n dan mengikuti perkembang­an objektif mereka untuk mencapai persefaham­an bersama seterusnya merangka strategi yang boleh dilaksanak­an,” katanya ketika hadir menyambut ketibaan penerbanga­n Busan Air di sini kelmarin.

Beliau berkata, sehingga kini terdapat 40 penerbanga­n terus antarabang­sa setiap minggu ke Sabah, dengan Korea Selatan mempunyai jadual kekerapan tertinggi.

Joniston berkata, jumlah berkenaan diikuti oleh Singapura (14 penerbanga­n), Brunei Darussalam (empat), Thailand (tiga), dan Filipina (dua).

Menurutnya, sejak pembukaan semula sempadan antarabang­sa pada 1 April lepas, lima syarikat penerbanga­n asing kembali beroperasi ke Sabah dan tiga daripadany­a adalah syarikat penerbanga­n tambang rendah dari Korea Selatan.

“Ia termasukla­h penerbanga­n dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Incheon iaitu Jeju Air, Jin Air, dan Air Busan (melalui Incheon dan Busan).

“Syarikat penerbanga­n lain iaitu Scoot (melalui Singapura) dan Syarikat Penerbanga­n Diraja Brunei (melalui Bandar Seri Begawan).

“Selain itu, syarikat penerbanga­n tambang murah AirAsia turut menawarkan penerbanga­n terus ke Kota kinabalu dari Singapura, Manila dan Bangkok,” jelasnya.

Beliau berkata, bagi kekerapan penerbanga­n terus domestik, pada masa ini terdapat 372 kekerapan penerbanga­n mingguan ke Sabah.

Katanya, laluan terus berkenaan melalui Kuala Lumpur, Johor Bharu, Pulau Pinang, Kota Bharu, Terengganu, Sarawak, dan Wilayah Persekutua­n Labuan.

Turut hadir, Tmbalan Ketua Pegawai Eksekutif STB Julinus Jeffrey Jimit dan Ketua Pegawai Pemasaran STB Tay Shu Lan.

 ?? ?? SAMBUT: Joniston (dua kanan) bersama Julinus dan Tay ketika menyambut ketibaan penumpang dari Busan.
SAMBUT: Joniston (dua kanan) bersama Julinus dan Tay ketika menyambut ketibaan penumpang dari Busan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia